Friday, 30 November 2007

Sasaran 4 Emas dari Tenpin Bowling

Pasukan Tenpin Bowling Malaysia mensasarkan 4 pingat emas di Temasya Sukan Sea di Korat, Thailan nanti. Pencapaian terbaik negara ialah 7 emas 6 perak dan 3 gangsa pada Sukan Sea di Brunei 2004. Pemain-pemain yang akan mengalas cabaran negara ialah Alex Liew, Adrian Ang, Aaron Kong, Zulmazran, Daniel Lim dan Shafiq Ridhwan. Manakala pasukan wanita akan dikemudi oleh Shalin Zulkifli, Zandra Aziela, Sharon Koh, Esther Cheah, Siti Safiyah dan Zatil Iman. Pegawai-pegawai yang akan mengiringi ialah Cheah Ban Cheng selaku Pengurus dan Mohd Hisham Mohd Nor Penolong Pengurus, Roliah Harun team official, Holloway Cheah (ketua Jurulatih) dan Foong Tak Meng (jurulatih)

12 pingat di pertandingan dalam acara Tenpin Bowling iaitu ' singles, doubles, trio, team, masters dan all-event. Kejohanan Tenpin Bowling akan berlangsung selama 7 hari di SF Bowling, Bangkok. Pasukan Bowling akan berlepas pada 3 Disember 2007 jam 3.15 petang dengan penerbangan Malaysia. Setiap pemain akan membawa peralatan serta bola bowling 7 hingga 8 biji seorang.

Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Negara


Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Negara ke Sukan SEA di Korat, Thailand telah diadakan pada 29 November 2007 bertempat di Dewan Banquet, Universiti Putra Malaysia. Majlis tersebut telah disempurkankan oleh Y.B. Dato' Seri Azalina Said, Menteri Belia dan Sukan.

Menteri Belia dan Sukan telah menyarankan supaya pemain menumpukan kepada kekuatan mental. Sukan Sea adalah dikalangan negara Asean yang mempunyai tubuh badan serta budaya pemakanan yang hampir sama. Oleh yang demikian tiada alasan untuk Kontinjen Malaysia bersaing dan berjaya di Sukan Sea. Sasaran 64 emas yang disasarkan oleh Majlis Sukan Negara tidak mustahil untuk dicapai. Di bawah kepimpinan Dato' Zolkples Embong , insyaallah Malaysia akan berjaya. Malaysia Boleh !!!

Mohd Hisham Mohd Nor

Sunday, 25 November 2007

Perhimpunan Kontinjen Sukan Sea XXIV 2007 Thailand

Lebih 500 orang atlet telah berhimpun di Universiti Putra Malaysia sebagai persediaan terakhir sebelum berlepas ke Korat, Thailand untuk mengharungi cabaran negara di Sukan Sea ke-XXIV. Atlet akan berada di UPM sehingga 1 Disember 2007 bagi mempertingkatkan tahap motivasi serta keyakinan . Ianya diharap dapat membentuk semangat sepasukan dalam Kontinjen yang mendokong jati diri, sahsiah, kecekalan dan daya tahan yang berterusan. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara. Majlis penyerahan Jalur Gemilang akan diadakan pada 1 Disember 2007.

Sukan Sea ke XXIV akan diadakan di Korat, Thailand mulai 6 hingga 15 Disember 2007. Kontinjen negara dijangka akan menyertai sebanyak 41 jenis sukan. Pasukan Tenpin Bowling Malaysia akan berlepas ke Bangkok pada 3 Disember 2007. Acara bowling diadakan di di Arena SF STRIKE BOWL Ramkhamhaeng, Bangkok dari 8 - 14 Disember 2007. Pasukan Bowling masih meneruskan latihan di Megalanes Endah Parade dengan penumpuan diberi kepada 'Short Oil' dan 'Long Oil'.

MOHD HISHAM MOHD NOR