Sunday, 25 November 2007

Perhimpunan Kontinjen Sukan Sea XXIV 2007 Thailand

Lebih 500 orang atlet telah berhimpun di Universiti Putra Malaysia sebagai persediaan terakhir sebelum berlepas ke Korat, Thailand untuk mengharungi cabaran negara di Sukan Sea ke-XXIV. Atlet akan berada di UPM sehingga 1 Disember 2007 bagi mempertingkatkan tahap motivasi serta keyakinan . Ianya diharap dapat membentuk semangat sepasukan dalam Kontinjen yang mendokong jati diri, sahsiah, kecekalan dan daya tahan yang berterusan. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara. Majlis penyerahan Jalur Gemilang akan diadakan pada 1 Disember 2007.

Sukan Sea ke XXIV akan diadakan di Korat, Thailand mulai 6 hingga 15 Disember 2007. Kontinjen negara dijangka akan menyertai sebanyak 41 jenis sukan. Pasukan Tenpin Bowling Malaysia akan berlepas ke Bangkok pada 3 Disember 2007. Acara bowling diadakan di di Arena SF STRIKE BOWL Ramkhamhaeng, Bangkok dari 8 - 14 Disember 2007. Pasukan Bowling masih meneruskan latihan di Megalanes Endah Parade dengan penumpuan diberi kepada 'Short Oil' dan 'Long Oil'.

MOHD HISHAM MOHD NOR

No comments: