Sunday, 16 December 2007

Sasaran Tercapai

Pasukan Bowling Malaysia meraikan kejayaan apabila meraih pingat emas keempat melalui pasangan Shalin dan Zulmazran dalam acara beregu campuran (mixed doubles). Kemenangan bagi acara ini amat diperlukan untuk memenuhi matlamat sasaran 4 pingat emas dalam acara Tenpin Bowling. Sebelum ini pasukan Bowling Malaysia telah terlepas 3 pingat emas dengan kekalahan tipis melalui jatuhan pin. Seluruh ahli pasukan dan pegawai rasa bersyukur diatas kemenangan ini kerana perlawanan ini begitu penting sekali. Y.Bhg. Dato' Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, sangat berbangga diatas kejayaan ini. Jeritan Malaysia Boleh bergema di Arena Bowling, SF Strikers Ramkamhaeng. Lagu Negaraku dinyanyikan dengan penuh semangat oleh seluruh ahli pasukan dan pegawai serta pegawai-pegawai MSN.

2 comments:

Syanis said...

Conratulations 2 the Msian team - Msia Boleh !!!

Syanis said...

Congratulations 2 the Msian team - Msia Boleh !!!