Wednesday, 31 December 2008

Selamat Tahun Baru 2009

Menjelang tengah malam ini, kita akan menyambut tahun baru 2009. Hanya tinggal 2 jam dan beberapa minit ketika blog ini di tulis kita akan menjejaki tahun 2009. Satu harapan serta azam yang baru diburu sementara azam 2008 yang tidak tercapai perlu diteruskan agar ianya tercapai. Kepada rakan-rakan serta anak-anak buah dalam sukan bowling, jadikan tahun 2009 ini satu semangat serta tanamkan keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Kegagalan yang lalu perlu dijadikan iktibar serta pengajaran dan fikirkan bagaimana untuk mengatasi kegagalan yang lalu agar ia tidak berulang di tahun baru ini.

Bagi yang telah mengecapi kejayaan atau mencapai sasaran, tingkatkan lagi usaha-usaha untuk terus berjaya sehingga mencapai tahap kegemilangan. Jangan biarkan prestasi yang merundum itu berterusan setiap tahun sehingga tiada pencapaian. Renungilah kesilapan yang lalu serta perbaiki dengan segera agar tahun 2009 ini membawa kejayaan. Setiap tahun kita berazam atau menanam keazaman namun jika ia tidak membawa perubahan pada setiap tahun maka tidak ada gunanya menanam keazaman.

Justeru itu, jadikanlah tahun 2009 sebagai tahun yang terbaik dan jangan biarkan ia berlalu sia-sia tanpa sebarang pencapaian.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakan-rakan yang berada di seantero dunia dan semoga azam baru 2009 akan membawa kebahagiaan dan kesejahteraan.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Tuesday, 30 December 2008

Selamat Pengantin Baru Shalin dan Azidi

Malam tadi saya telah meluangkan masa untuk menghadiri majlis persandingan Shalin & Azidi yang diadakan di Dewan Sebaguna, Menara TM, Pantai Bahru. Majlis bermula pada jam 8.45 malam dan para hadirin serta keluarga telah mula membanjiri perkarangan Dewan seawal jam 7.45 malam lagi. Tema pakaian adalah warna putih dan rata-ratanya para hadirin yang hadir telah memberi sokongan dengan mengenakan pakaian serba putih pada majlis malam tersebut. Antara tetamu yang hadir adalah Dato' Zolkples Embong, Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato' Wira Mazlan, mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara dan beberapa tetamu dari luar negara.

Majlis bermula tepat jam 8.45pm dan Zainal Abidin Rawop selaku pengacara majlis mengumumkan ketibaan pengantin disusuli dengan Salawat. Beberapa pemain Elit serta skuad gemilang turut hadir memeriahkan majlis persandingan Shalin dan Azidi.

Saya mendoakan kebahagian kepada kedua-dua pasangan yang saya kenali secara rapat ketika sama-sama berada di Sukan Asia, Doha pada tahun 2006. Semoga mereka dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat yang soleh hingga ke anak cucu.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Monday, 29 December 2008

Fun Bowling



Pada hari Sabtu yang lalu Kelab Bowling Kastam Putrajaya telah menganjurkan program Fun Bowling di Pusat Bowling, Warta Bangi. Seramai 14 orang ahli telah hadir menjayakan program yang menggantikan Sesi Latihan mingguan. Sambutan adalah baik dan walaupun kehadiran agak kecil tetapi dengan format yang baru ini telah memeriahkan lagi suasana di kalangan pemain. Jumlah kehadiran pemain mungkin lebih ramai sekiranya ia dibuat di luar cuti sekolah serta hujung tahun. Insyaallah Kelab akan meneruskan program ini pada bulan Januari nanti. Juara lelaki dimenangi oleh Sajar Reza Jaafar dan wanita dimenangi oleh Hamidah Ab. Latif.

Mohd Hisham Mohd Nor.


Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah kepada semua rakan-rakan dan diharap agar kita dapat mengungkap kembali segala kesilapan serta kekurangan yang lampau agar dapat diperbaiki pada tahun baru ini. Semoga perkara yang silam di jadikan keinsafan buat diri kita untuk terus berusaha menjadi insan yang lebih baik dan cemerlang pada tahun baru ini.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Thursday, 25 December 2008

Selamat Hari Krismas

Selamat menyambut Hari Krismas kepada semua rakan-rakan yang menganut agama kristian di seluruh negara malah di seluruh dunia. Semoga hari Krismas ini akan dapat mengeratkan hubungan antara kaum dan bangsa di negara ini.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Monday, 22 December 2008

Penutupan Kejohanan Asean University Games ke-14

Penutupan Kejohanan Sukan Universiti Asean ke-14 telah dijalankan dengan gilang-gemilang semalam dan syabas kepada Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) kerana telah menganjurkan dengan jayanya. Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan bendera rasmi kejohanan kepada Thailand yang akan menjadi tuan rumah pada tahun 2010. Matlamat untuk menghimpunkan atlet-atlet universiti di kalangan negara Asean tercapai dan diharap ianya akan mengeratkan hubungan antara negara Asean.

Artikel sukan dari akhbar tempatan menarik perhatian saya untuk memberi pandangan berhubung dengan isu pingat emas yang dimenangi negara diraih tanpa saingan yang kuat, dalam erti kata yang lain dimenangi dengan mudah. Saya berpandangan ianya tidak menjadi isu malah kita perlu memberi sokongan serta pandangan yang positif. Berjaya atau gagal sekalipun, akan ada pihak-pihak yang akan memberi pandangan negatif. Pihak-pihak yang tertentu tidak pernah memberi pandangan yang positif dan ada saja isu yang ditimbulkan. Dalam keadaan sebegini bagaimana sukan di negara kita akan maju sejauh negara-negara di barat.

Para atlet di universiti hanya mampu untuk mewakili negara pada kejohanan ini setakat 2 kali sahaja di sepanjang tempoh pengajian mereka (tempoh pengajian sekitar 4-5 tahun). Selepas itu akan muncul atlet-atlet baru dan negara yang menguasai sesuatu acara itu berkemungkinan akan bertukar tangan. Jadi tidak timbul isu menang mudah atau lawan yang rapuh.

Isu insentif juga disentuh dan wajarkah atlet pada kejohanan ini menerima insentif. Menurut pihak yang tertentu, sukan ini adalah lebih kepada persahabatan dan bukannya pingat. Walaubagaimanapun saya berpandangan mereka yang beraksi dan telah berjaya mengharumkan nama negara wajar diberi pengiktirafan. Jika tak banyak sedikit pun tak mengapa dan mereka akan tetap menghargai usaha dan keringat mereka bertarung di peringkat antarabangsa. Mereka ini telah mengorbankan banyak masa serta meninggalkan penggajian buat seketika untuk memberi tumpuan pada sukan yang berprestij di peringkat universiti Asean ini.

Diharap semangat dan pencapaian 90 emas ini akan diteruskan apabila mereka beraksi di Tahilan pada tahun 2010 nanti.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Sunday, 21 December 2008

9th Milo International Junior All-Stars

Kejohanan 9th Milo International Junior All-Stars yang berlangsung pada 19 hingga 28 Disember dijangka akan menarik minat ramai pemain-pemain dari luar negara termasuk Jasmine Yeong-Nathan dari Singapura yang telah menjuarai AMF World Cup pada bulan lalu. Kejohanan ini menawarkan hadiah yang lumayan di mana Johan bagi ketegori terbuka lelaki akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM30,000.00. Kategori terbuka wanita pula hadiah wang tunai RM17,000.00 akan menanti selaku johan kejohanan.

Kejohanan ini telah di ilhamkan oleh Holloway Cheah, Ketua Jurulatih pasukan negara pada tahun 2000 lagi. Sambutan yang diterima adalah sungguh menggalakan dan mendapat perhatian syarikat Nestle selaku pembekal minuman Milo untuk terus menaja kejohanan ini.

Pasukan Kuala Lumpur tidak ketinggalan untuk menghantar wakil ke kejohanan ini dan pemilihan telah diadakan minggu lalu. Kategori bawah 15 tahun dan bawah 12 tahun juga dipertandingkan dan ianya memberi peluang pemain di peringkat akar umbi untuk bertanding serta mendapat pendedahan diperingkat antarabangsa.

Mohd Hisham Mohd Nor.

36th Penang Pesta International Open

Zulmazran dan Sharon Koh masing-masing menjuarai kategori Lelaki dan Wanita pada Pesta Penang International Championship yang berakhir semalam. Zulmazran membawa pulang hadiah sebanyak RM10,000.00 manakala Sharon Koh mengutip sebanyak RM8,000.00. Ini merupakan kejuaraan antarabangsa yang kedua buat Zul pada tahun ini selepas menjuarai Terbuka Malaysia pada awal tahun ini. Zul dan Sharon pernah memenangi kejohanan antarabangsa bersama pada tahun lepas iaitu di kejohanan Terbuka Antarabangsa Taiwan.

Syabas buat Persatuan Tenpin Bowling Pulau Pinang yang telah menganjurkan kejohanan ini dengan jayanya dan telah menganjurkan secara konsisten sejak 36 tahun yang lalu. Pulau Pinang merupakan negeri yang telah melahirkan bakat-bakat dalam bowling seperti Aaron Kong, Adrian Ang, Esther Cheah dan lain-lain lagi.

Bagi Sharon Koh, ini merupakan kejayaan kedua setelah beliau berjaya menjadi juara Chinese Taipei International Open pada bulan Oktober yang lalu. Cabaran beliau masih belum selesai dan terpaksa pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadapi saingan di 9th Milo International Junior All-Stars yang berlangsung pada 19 hingga 28 Disember di Megalanes, Sunway Pyramid.

Mohd Hisham Mohd Nor.


Saturday, 20 December 2008

Sasaran Tercapai

Syabas kepada kontinjen Malaysia dan seluruh pasukan yang beraksi pada Sukan Universiti Asean kerana berjaya melepasi sasaran 80 pingat emas. Setakat malam ini Kontinjen Malaysia berjaya mengutip 90 emas 78 perak 47 gangsa. Ianya memberi kelegaan kepada Chef de mission Datuk Prof Dr. Alias Mohd Noor kerana berbaki 2 hari sahaja lagi Kontinjen Malaysia telah berjaya melepasi sasaran. Acara renang muncul sebagai penyumbang terbanyak pingat emas iaitu 23 pingat diikuti menembak yang menyumbangkan 13 pingat emas. Olahraga pula menyumbangkan 9 pingat emas. Masih ada beberapa acara lagi yang mampu untuk menyumbangkan kilauan emas buat negara dan harapan untuk mencapai ke angka 100 agak cerah.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Selamat Pengantin Baru buat Noor Hafidzah

Saya ingin mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Noor Hafidzah Binti Hj. Bakar yang akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya Noorazman Bin Hj. Sudin pada 20 Disember 2008. Majlis perkahwinan diadakan di rumah keluarganya di Taman Air Molek, Melaka. Saudari Noor Hafidzah adalah merupakan ahli Kelab Bowling Kastam Putrajaya dan beliau adalah ahli yang aktif dan tidak ketinggalan pada setiap program kelab terutamanya sesi latihan mingguan yang diadakan tidak lama dulu. Saya mendoakan kebahagian rumahtangga buat Hadfizah dan suami hingga ke anak cucu.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Friday, 19 December 2008

Sebutir pingat emas di penghujung

Acara tenpin bowling Sukan Universiti Asean yang berlangsung sejak jumaat yang lalu berakhir semalam dengan menyaksikan Singapura menguasai keseluruhan dengan 6 emas 3 perak dan 3 gangsa. Thailand berada ditempat kedua dengan pungutan 5 emas 3 perak 4 gangsa. Malaysia hanya mampu berada di tempat ketiga dengan 2 emas 7 perak 6 gangsa. Zatil Iman menutup tirai pungutan emas Malaysia apabila beliau memenangi acara Master's Women. Acara Master's Men pula dimenangi oleh Sithiphol Kunaksorn dari Thailand. Zatil Iman gagal untuk memunggut satu lagi pingat emas menerusi acara All-event di mana beliau mendapat pingat perak. Pingat emas dimenangi oleh Cherie Tan dari Singapura. Sithiphol dari Tahiland sekali lagi naik ke podium untuk pingat emas kedua beliau di hari terakhir bagi acara Men's All-event.

Apa pun tahniah buat Shafiq dan Zatil kerana mengutip pingat emas pada temasya Sukan Universiti Asean pada kali ini. Jika dilihat dari pungutan, Malaysia mempunyai banyak peluang dan berakhir dengan pingat perak. Jumlah pungutan pingat yang tidak memberangsangkan ini perlu menjadi perhatian pengurusan pasukan bowling Malaysia. Ditambah dengan kehadiran hanya 3 pasukan sahaja yang menyertai acara ini (tidak termasuk tuan rumah), ianya dianggap dibawah pencapaian yang sebenar. Namun jurulatih pasukan mempunyai alasan yang tersendiri mengapa skuad kali ini gagal menyengat walaupun di hari pertama ia kelihatan seperti bakal menguasai kejohanan. Pingat emas pertama yang dikutip oleh Shafiq di hari pertama diibarat sebagai amaran awal kepada semua pasukan yang lain bahawa Malaysia bakal mengegarkan arena bowling Sunway. Semangat pasukan yang membara itu tidak berpanjangan dan Malaysia gagal untuk mengutip pingat emas sehingga ke hari terakhir apabila Zatil Iman menjuarai acara Master's.

Saya berharap agar lebih banyak negara akan menyertai acara tenpin bowling pada temasya sukan yang akan datang. Kita tidak dapat menyaksikan kemeriahan acara sukan tersebut dengan hanya empat pasukan. Penganjur perlu menetapkan bilangan minimum pasukan samada ianya perlu diteruskan atau tidak. Jika sekadar 2 pasukan bermain untuk sesuatu acara, sebagai contohnya silat, maka ianya tidak memberi saingan yang sebenar. Oleh itu perlu di wujudkan bilangan minimum pasukan untuk sesuatu acara itu sebelum ianya di pertandingkan.

Kepada pasukan Malaysia, syabas di atas usaha dan keringat yang telah dilakukan dan cuba lagi di masa atau di temasya yang akan datang.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Wednesday, 17 December 2008

Kemarau Kilauan Emas

Apa dah jadi kepada pasukan bowling Malaysia yang sedang beraksi di Sukan Universiti Asean setelah Shafiq Ridhwan mendapat emas pertama hingga ke hari ini kilauan emas kedua masih belum menjelma. Pasukan Malaysia kempunan emas lagi pada hari ini apabila kedua-dua pasukan lelaki dan wanita gagal mendapat emas bagi acara berpasukan. Pasukan lelaki sekadar mendapat pingat gangsa manakala pasukan wanita mendapat pingat perak. Pingat emas pasukan lelaki dimenangi oleh pasukan dari Thailand dan pingat emas pasukan wanita dimenangi oleh Singapura.

Saya di fahamkan sasaran adalah 4 pingat emas dan acara masih berbaki 4 acara lagi iaitu Men's & Women's Masters dan Men's & Women's All Event. Mampukah pasukan negara menyapu kesemua pingat yang ada untuk mencapai sasaran. Segalanya mungkin berlaku dan kesungguhan pemain menjadi penentu samada ianya dapat dilakukan atau tidak.

Kedudukan pingat setakat ini menyaksikan Singapura masih berada diatas selaku pendahulu dengan 5 emas 3 perak dan 1 gangsa dan diikuti Thailand 3 emas 2 perak 3 gangsa. Malaysia berada di tangga ketiga dengan 1 emas 4 perak dan 5 gangsa. Filipina satu-satunya negara yang masih belum memiliki sebarang pingat di dalam acara tenpin bowling ini.

Malaysia berada di tangga teratas bagi pungutan pingat untuk kesemua acara yang dipertandingkan dengan 32 emas 30 perak 26 gangsa diikuti Vietnam 23 emas 17 perak 9 gangsa dan tempat ketiga Indonesia 12 emas 21 perak 18 gangsa. Masih jauh lagi perjalanan kerana Kontinjen Malaysia mensasarkan 80 pingat emas pada temasya kali ini.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Tahniah Shalin

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ratu Bowling Negara, Shalin Zulkifli kerana telah di anugerahkan Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) sempena ulangtahun Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhun Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj yang ke-63. Semoga dengan penganugerahan ini memberi dorongan serta semangat yang lebih kental buat Shalin dalam mengharungi cabaran yang mendatang setelah bergelar pemain profesional. Harapan juga agar banyak kejayaan-kejayaan di peringkat antarabangsa dikecapi demi untuk menyemarakkan lagi semangat Malaysia Boleh.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Tahniah Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim


Malam tadi telah berlangsungnya Malam Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2007 di Nirwana Ballroom, Crowne Plaza Hotel Kuala Lumpur. Sekalung tahniah diucapkan kepada Y.Bhg. Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim, Presiden Tenpin Bowling Wilayah Persekutuan kerana memenangi Anugerah Khas diatas sumbangan beliau di dalam bidang sukan sejak awal tahun 1980an. Wendy Chai, pemain dari Kuala Lumpur yang kini bersama pasukan elit Malaysia turut menjadi calon untuk Anugerah Olahragawati. Namun Anugerah tersebut telah dimenangi oleh Yamini a/p Gopalasamy dari sukan Karate. manakala Olahragawan dimenangi oleh Yeoh Ken Nee dari sukan Akuatik-Terjun. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dato Sri Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Tuesday, 16 December 2008

Sesi Pemilihan Pemain ke Kejohanan Antara Negeri

Pada hari Ahad yang seramai 40 pemain telah hadir di Megalanes, Endah Parade untuk menjalani sesi pemilihan mewakili Kuala Lumpur ke Kejohanan Antara Negeri yang di jadualkan akan berlangsung pada bulan Januari 2009.

Berikut adalah yang terpilih bagi kategori Boy's and Girl's:

Boy's
  1. Qusyairi Roslan
  2. Faliq Aimran
  3. Yusof Abd Raof
  4. Muhd Firdaus Idris

Girl's
  1. Nur Diana Husin
  2. Nur Shamira
  3. Nur Shahira
  4. Nastasya Adam
Mohd Hisham Mohd Nor.

Monday, 15 December 2008

Terlepas lagi

Pasukan Malaysia yang memerlukan pingat emas kedua, gagal sekali lagi apabila pasangan campuran Muhd Zaim dan Zatil Iman hanya mampu meraih pingat gangsa semalam. Pasangan Shafiq dan Shakirah pula menduduki tempat yang ke 6. Pasangan dari Singapura memenangi pingat emas dan perak melalui Kristel Oh dan Jamie Liew serta Geraldine Ng dan Lionel Lim. emas.

Singapura mendahului senarai pingat bagi acara tenpin bowling dengan 3 emas dan 1 perak, diikuti Malaysia dengan 1 emas 2 perak dan 4 gangsa. Tempat ketiga pula adalah Thailand dengan 1 emas 2 perak dan 1 gangsa.

Esok acara Men's and Women's Trio akan bermula. Pasukan Malaysia masih lagi menaruh harapan untuk mengutip pingat emas. Mereka akan bermain 2 blok dalam 2 keadaan lorong yang berbeza iaitu Long Oil dan Short oil. Pasukan harus mengutip pingat emas bagi kedua-dua acara ini kerana akan dapat memberi semangat kepada pemain untuk acara yang seterusnya. Disamping itu untuk membantu pasukan negara mencapai sasaran pingat seperti yang di impikan oleh Chef-de-mission.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Sunday, 14 December 2008

Pingat Perak buat kedua-dua pasangan Malaysia

Sufri Hasan dan Tan Teck Jin serta Nur Syakirah dan Zatil Iman masing-masing mendapat pingat perak pada acara beregu lelaki dan wanita tenpin bowling di Sukan Universiti Asean petang tadi. Pingat emas beregu lelaki dimenangi oleh pemain dari Thailand iaitu Somjed dan Sithiphol manakala pingat emas wanita dimenangi oleh pasangan dari Singapura, Cherie Tan dan Geraldine Ng. Pemain harapan Shafiq Ridhwan yang memenangi pingat emas perseorangan hanya sekadar menduduki tempat ke empat apabila beliau digandingkan dengan Muhd Zaim.

Setakat ini Singapura mendahului pungutan pingat bagi acara tenpin bowling dengan 2 emas manakala Malaysia di tempat kedua dengan 1 emas 2 perak dan 3 gangsa. Esok acara mixed doubles akan berlangsung dan sama-sama kita nantikan peluang pemain Malaysia untuk merebut pingat emas. Pada pandangan saya sekiranya Shafiq digandingkan dengan Zatil Iman, Malaysia mempunyai peluang yang agak cerah untuk mendapat pingat emas. Walau apapun kita saksikan esok.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Saturday, 13 December 2008

Sesi Pemilihan Remaja Kebangsaan

Kongres Tenpin Bowling Malaysia akan mengadakan sesi pemilihan pemain untuk mewakili skuad Remaja Kebangsaan 2009(National Youth). Sesi pemilihan akan diadakan sebanyak 8 pusingan iaitu sebanyak 48 games kesemuanya. Empat pusingan pertama akan diadakan pada 29 Disember dan 30Disember di Megalanes, Sunway Pyramid dan baki 4 pusingan lagi akan diadakan pada 31 Disember dan 1 Januari 2009 di Megalanes, Endah Parade. Kelayakan untuk terpilih adalah purata jatuhan pin sebanyak 185 untuk wanita dan 195 untuk lelaki.

Banyak faedah yang akan dinikmati oleh pemain sekiranya terpilih mewakili skuad Remaja Kebangsaan diantaranya ialah kemudakan latihan selama 5 hari seminggu dibawah kendalian jurulatih kebangsaan, Pakaian sukan, Peralatan Sukan, Elaun, serta menyertai negara kejohanan antarabangsa (terpilih).

Beberapa pemain telahpun diserapkan ke skuad remaja kebangsaan berdasarkan kepada pencapaian pemain untuk tahun 2009. Diantaranya Muhd Amsyar dan Cheryl Cheong selaku Johan GP Final 2008 dan beberapa pemain lagi. Diharap lebih ramai pemain Kuala Lumpur akan mencuba nasib pada pemilihan kali ini.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Emas Pertama Buat Malaysia

Saya ingin merakam ucapan tahniah kepada pemain kebangsaan Shafiq Ridhwan Malik di atas kejayaan beliau mengutip emas pertama buat negara melalui acara perseorangan tenpin bowling di Sukan Universiti Asean yang berlangsung di Megalanes, Sunway Pyramid petang tadi. Pingat perak di menangi oleh pemain dari Thailand, Badin Lerdpiriyasakulkit dan Johan Jamaludin dari Malaysia memenangi pingat gangsa.

Seorang lagi pemain kebangsaan Nur Syakirah Yeoh hanya sekadar mendapat pingat gangsa bagi acara perseorangan wanita. Pingat emas dimenangi oleh Cherie Tan dari Singapura dan Perak oleh Saowapha Kunaksorn dari Thailand. Zatil Iman yang juga pemain Kebangsaan sekadar menduduki tempat ke tujuh.

Esok acara beregu lelaki dan wanita akan berlangsung dan keadaan lorong adalah 'Long Oil'. Kedudukan pingat setakat ini 1 emas dan 2 perak yang mana kesemuanya dari tenpin bowling. Kita mengharapkan agar pasukan Universiti Malaysia akan mendapat sekurang-kurangnya satu lagi pingat emas melalui acara beregu. Saya menjangka Nur Syakirah akan di gandingkan dengan Zatil Iman dan Shafiq akan digandingkan dengan Johan Jamaludin. Apa pun terpulang kepada jurulatih untuk menentukan gandingan yang mantap bagi memastikan kejayaan Malaysia.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Wednesday, 10 December 2008

Sukan Universiti Asean ke-14

Malaysia menjadi hos untuk Sukan Universiti Asean ke-14 yang akan berlangsung pada 11-21 Disember 2008. Sebanyak 22 acara sukan dipertandingkan dengan menawarkan 222 pingat. 10 buah negara Asean yang terdiri dari Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam Brunei, Timor Leste, Laos, Kemboja dan tuan rumah Malaysia akan bertarung menghadapi cabaran sukan ini. Peserta adalah terdiri dari pelajar universiti-universiti negara yang berkenaan dan mereka ini akan diberi pendedahan di peringkat antarabangsa. Semalam Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan sewaktu melakukan pelancaran perkampungan sukan IOI Resort berkata Sukan ini memberi peluang untuk ahli sukan universiti Asean untuk bersama-sama mencabar antara satu sama laian dalam semangat Asean dan semangat itu selaras dengan slogan sukan tersebut " Bersama-sama kita mencapai bintang". Semangat Asean ini harus dipupuk sejak dari awal lagi agar ianya dapat berkembang dengan lebih erat lagi di masa akan datang. Para peserta juga dapat merasakan semangat ini seperti mereka menyertai Sukan Sea.

Malaysia telah menjadi hos buat kali yang ketiga dan tugas selaku Chef de Mission telah di amanahkan kepada Datuk Prof Dr. Alias Mohd Noor yang juga merupakan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kontinjen Malaysia meletakkan sasaran 80 pingat emas pada kejohanan kali ini dan pada Sukan Universiti Asean di Vietnam pada tahun 2006, Malaysia memperoleh 7 emas 19 Perak dan 37 gangsa.

Pasukan Bowling akan memulakan sesi latihan rasmi (official practice) esok dan saya difahamkan hanya 4 buah negara sahaja yang mengambil bahagian bagi acara bowling ini iaitu Singapura, Thailand, Filipina dan Malaysia. 3 orang pemain negara menyertai pasukan universiti ini iaitu Shafiq Redhwan Malik, Mohd Noer dan Zatil Iman. Bowling menawarkan 13 pingat dan acara pertama akan berlangsung pada hari Sabtu ini.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Ulangtahun yang pertama

Kesibukan tugas telah menyebabkan saya tidak sedar yang blog ini, http://hishambowling.blogspot.com telah mencecah usia 1 tahun. The Spirit of Asian Games adalah merupakan catatan yang pertama saya iaitu pada 24 November 2007, jam 10:26 am. Catatan tersebut adalah bersempena dengan Sukan Sea 2007 di Thailand apabila saya mengungkap kembali semangat yang telah dipamerkan oleh pemain sewaktu di Doha, Qatar dan saya ingin melihat kesinambungan semangat tersebut apabila di Thailand kerana saya telah diberi peluang kali kedua selaku penolong pengurus untuk bersama pasukan tenpin bowling negara.

Ianya satu pengalaman yang menyeronokkan apabila anda mempunyai blog sendiri dan ianya memberi pengertian yang amat mendalam terhadap diri sendiri. Ianya satu kepuasan apabila ilmu atau maklumat yang ada disampaikan kepada mereka yang mungkin tidak sempat untuk mendapatkan sesuatu maklumat tersebut. Untuk menulis, seseorang itu perlu membuat kajian terlebih dahulu serta mendapat maklumat dari sumber-sumber yang sahih dan tepat agar maklumat yang disampai itu nanti tidak di salah tafsir oleh pembaca. Penelitian amat penting bagi memastikan maklumat benar sahaja di sampaikan kepada pembaca.

Saya amat mengalu-alukan pandangan dari pembaca agar kita dapat berkongsi pengalaman dan pandangan-pandangan yang di beri biarlah secara berhemah serta mengikut etika penulisan. Saya amat gembira apabila melihat rakan-rakan yang seangkatan menerokai alam blogging dan merasakan diri ini tidak keseorangan apabila rakan-rakan lain telah mula menulis. Walaupun kadangkala masa begitu terhad, saya akan cuba mencari ruang-ruang yang kosong untuk menulis kerana tidak mahu blog ini terus kesunyian tanpa catatan. Setakat ini saya telah membuat 150 catatan dan yang paling sepi dapat disaksikan pada bulan september 2008 atau bulan ramadhan al-mubarak hanya 1 catatan sahaja dibuat. Bulan Ogos 2008 merupakan bulan yang paling aktif menulis apabila telah membuat 36 catatan. Namun saya akan terus menulis serta memberi pandangan dan ianya tidak terhad kepada sukan bowling sahaja malah akan diselitkan juga berita-berita dari sukan yang lain. Insyaallah pada tahun 2009 ini, saya akan menulis dengan lebih aktif lagi agar berita serta ilmu itu dapat kita kongsi bersama.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Tahniah Aseng

Tahniah kepada sahabat saya Saudara Naising Bega dari Miri, Sarawak menjadi rakan blogger melalui blog http://bowlingmiri.blogspot.com. Semoga kehadiran beliau di alam blogging akan memeriahkan lagi ilmu-ilmu serta pandangan yang membina untuk sukan bowling. Semoga apa yang diutarakan akan memberi manfaat kepada semua. Saya juga mengalu-alukan rakan-rakan yang lain agar menerokai dunia blogging agar kita sama-sama dapat bertukar berita yang dapat menambahkan ilmu semua pihak.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Sunday, 7 December 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan-rakan di Malaysia dan serata pelusuk dunia. Juga tidak ketinggalan kepada sanak saudara dan juga rakan-rakan yang sedang mengerjakan ibadah haji yakni rukun islam yang ke-lima. Semoga ibadah mereka diterima Allah S.W.T serta mendapat Haji Mabrur. Di doakan juga agar mereka selamat pulang ke tanahair ke pangkuan keluarga.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Fun Bowling

Pada Jumaat yang lalu saya telah mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa KBKPj yang ke-5 untuk tahun ini dan beberapa perkara atau agenda telah dibincang secara serius bagi menggerakkan aktiviti Kelab yang berjalan agak perlahan sejak kebelakangan ini. Acara Monthly Medal akan diadakan pada pertengahan bulan Januari 2009 manakala sesi latihan mingguan akan digantikan dengan program baru yang dinamakan Fun Bowling. Hasil perbincangan bersama jawatankuasa, maklumat yang diterima dari ahli-ahli lebih cenderung untuk bermain secara pertandingan . Sesi latihan mingguan yan diperkenalkan dahulu adalah lebih serius ke arah membentuk pemain agar bermain dengan teknik permainan yang betul dan sambutan yang diterima adalah sederhana berbanding dianjurkan Monthly Medal yang mendapat sambutan hampir 2/3 dari jumlah ahli yang mendaftar. Oleh itu Jawatankuasa membuat keputusan agar dimansuhkan sesi latihan mingguan dan digantikan dengan program baru Fun Bowling.

Fun Bowling mempunyai format yang menarik apabila pemain yang membuat 2 strike berturut (double strike) akan di beri hadiah. Begitu juga dengan balingan spare dimana pemain akan diberikan hadiah apabila berjaya membuat spare tiga kali berturut-turut. Secara tidak langsung format ini akan memberi semangat kepada pemain untuk bermain dengan lebih baik. Tunjuk ajar kepada pemain akan turut diberikan dalam program tersebut.

Turut dibincangkan ialah Projek Hayunan Jakarta Bandung 2009 yang mana ianya akan mengikut jadual. Tarikh akhir pendaftaran kepada ahli yang berminat adalah pada 31 Disember 2008. Perlawanan persahabatan bersama pejabat pajak Indonesia akan diuruskan bagi memeriahkan lagi projek ini.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Sentuhan Sorenstam

Malaysia bakal memiliki lapangan golf terbesar apabila ia dibangunkan oleh The Mines Golf City di Bukit Beruntung. Amat beruntung sekali apabila lapangan golf ini direka bentuk oleh Annika Sorenstam, bekas pemain golf wanita nombor satu dunia. Ini merupaka penampilan beliau yang pertama di Asia Tenggara untuk mereka bentuk lapangan golf. Annika yang akan bersara secara rasminya selepas tamat kejohanan Dubai Masters pada 10 Disember ini pernah datang ke Malaysia kali pertama pada Piala Dunia 2000. Lapangan yang berkeluasan 2,100 hektar itu bakal memiliki 63 lubang dan Sorenstam akan mereka bentuk pada 18 lubang yang pertama.

Sorenstam mula bermain golf sejak berusia 12 tahun lagi dan sebelum itu beliau banyak menghabiskan masa dengan bermain tenis. Beliau bergelar profesional pada tahun 1990 dan pernah memenangi 72 Kejohanan rasmi LPGA termasuk 10 kejohanan utama. Semoga pengalaman luas yang beliau miliki akan dimanafaatkan oleh negara kita untuk memajukan lagi sukan golf Malaysia.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Saturday, 6 December 2008

Pemilihan Pemain ke Kejohanan Antara Negeri

Persatuan Tenpin Bowling Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan sesi pemilihan pemain (roll-off) ke Kejohanan antara negeri kebangsaan yang akan berlangsung di Sunway Pyramid pada bulan Januari 2009. Semua pemain program latihan sukan teras dan ahli-ahli persatuan dibawah umur 21 tahun adalah dipelawa untuk menyertai sesi pemilihan ini. Sesi ini akan diadakan pada 14 Januari 2008 jam 8.00 malam di Megalanes, Endah Parade Sri Petaling.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Friday, 5 December 2008

Kehilangan buat negara

Ucapan takziah buat keluarga Datuk Ho Koh Chye, Chef de Mission Malaysia ke Sukan Olimpik di Beijing yang telah meninggal dunia malam kelmarin di Pusat Perubatan Kelana Jaya. Pergorbanan yang beliau taburkan dalam dunia sukan sememangnya tiada tolok banding dan sumbangan tersebut di curahkan sehingga ke saat akhir hayat beliau. Walaupun telah lama meninggalkan dunia bowling, beliau telah banyak melibatkan diri dalam sukan secara umumnya. Diatas komitmen tersebut beliau telah di amanahkan untuk memimpin kontinjen kebangsaan ke Sukan Sea di Ho Chi Minh di Vietnam dan terbaru Sukan Olimpik di Beijing. Semoga jasa beliau terus dikenang di dalam sejarah sukan negara.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Wednesday, 3 December 2008

Latihan Sukan Teras

Sesi latihan Sukan Teras untuk tahun 2008 telah pun berakhir pada hari Ahad yang lalu. Belum dapat di pastikan bilakah tarikh penilaian serta pemilihan semula pemain untuk tahun 2009 akan di mulakan. Pemain akan berehat selama sekurang-kurangnya 1 bulan dan mereka perlu membuat penilaian sendiri sejauhmanakah pencapaian mereka untuk tahun 2008. Sekiranya berehat tanpa berbuat apa-apa, maka ia akan merugikan pemain itu sendiri. Mereka ini perlu merenung kembali dari aspek manakah perlu di perbaiki dan bagaimana serta apakah strategi yang perlu mereka lakukan untuk menjadi pemain yang cemerlang pada tahun hadapan. Dari pemerhatian yang di lakukan, saya tidak nampak ada di kalangan pemain yang mengambil serious tentang latihan walaupun pada zahirnya ia seperti serious. Tidak dinafikan ada diantaranya yang cuba melakukan sesuatu serta ingin belajar untuk mencapai kejayaan dan ada beberapa pemain yang bersungguh-sungguh semasa berlatih tetapi kurang untuk mengkaji sendiri dalam beberapa aspek.

Ramai diantara pemain yang datang berlatih, atau sekadar berlatih dan selepas itu packing dan pulang. Keesokan harinya mereka datang dan berlatih semula seperti biasa tanpa melihat atau mengkaji kelemahan yang di lakukan kelmarin. Maka kesilapan demi kesilapan di lakukan kerana mereka tidak mengkaji sendiri di mana kesilapan mereka. Berkali-kali saya menerangkan serta menyarankan agar setiap pemain menulis journal sendiri atau dalam erti kata yang lain, memiliki sebuah buku nota dan menulis setiap kali apabila selesai latihan. Perkara di ajar dalam aspek Psikologi di mana pemain perlu meluah apa jua perasaan atau apa jua kelemahan atau apa jua kejayaan pada setiap kali latihan atau kejohanan. Sebagai contoh, apabila selesai latihan mereka perlu menulis apa jua kelemahan yang telah dilakukan dan bagaimana perlu di perbaiki. Ia juga boleh menulis apa yang di sarankan oleh jurulatih untuk memperbaiki kesilapan tersebut. Sebelum pemain memulakan latihan keesokan harinya, mereka buka semula buku tersebut dan lihat apa kelemahan yang di lakukan semalam. Dengan ini mereka dapat memperbaiki kesilapan yang lalu dengan tidak mengulanginya. Apa yang di amalkan sekarang, pemain bermain seperti biasa pada keesokan harinya tanpa mengkaji atau melihat kesilapan yang mereka lakukan kelmarin. Apabila mereka menulis akan menguatkan lagi ingatan mereka tentang apa yang dilakukan.

Tanggungjawab tersebut bukan pada pemain sahaja, malah jurulatih juga perlu mengkaji serta membuat penilaian tentang prestasi pemain serta sejauhmana pencapaian jurulatih tersebut. Saya sendiri dalam proses mengumpul data pemain yang menyertai Sirkit Remaja Kebangsaan (8 pusingan) dan GP Final di Kuantan pada bulan Ogos yang lalu. Melalui data-data tersebut akan dinilai jumlah purata (average) pemain dan akan dijadikan ukuran dengan prestasi mereka pada tahun hadapan. Mereka dapat melihat turun dan naiknya prestasi pada setiap kejohanan. Saya tidak mengambil data sewaktu latihan serta roll-off di Endah Parade kerana pemain bermain dalam keadaan yang tidak tertekan dan jumlah jatuhan pin adalah tinggi sewaktu di latihan dan ianya sukar untuk di jadikan ukuran. Jurulatih juga perlu memiliki sebuah buku bagi menilai aspek pemain dan juga kejurulatihan.

Mulai tahun hadapan saya akan melakukan perubahan dan pembahagian tugas antara jurulatih akan di buat bagi memantapkan pasukan. Aspek Psikologi akan dititikberatkan kepada semua pemain kerana di sepanjang tahun 2008, kelemahan dari aspek ini amat ketara sekali terutama ketika kejohanan yang besar seperti SUKMA di Terengganu. Insyallah kita akan melakukan beberapa perubahan pada tahun 2009 bagi memantapkan lagi pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mohd Hisham Mohd Nor.


Tuesday, 2 December 2008

Tahniah KDRM

Tahniah di ucapkan kepada skuad Bowling KDRM yang bertanding pada Pesta Sukan Kewangan yang berakhir pada hari Ahad yang lalu kerana berjaya menempatkan diri di tempat yang kedua. KWSP di nobatkan selaku juara untuk kejohanan Tenpin Bowling dan sememanganya KWSP sukar untuk digugat sejak 7 tahun yang lalu. Tahniah buat Saudara Nadzri Che Ani yang menerajui pasukan buat pertama kalinya. Saya agak terkilan kerana tidak dapat membantu persiapan pasukan kerana terikat dengan tugasan rasmi yang agak ketat. Namun saya berharap agar dapat membantu pasukan pada Pesta Sukan pada tahun hadapan. Insyallah.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Sunday, 30 November 2008

Sekalung Tahniah Pasukan Malaysia

Saya sempat mengucapkan tahniah melalui sms kepada Saudara BC Cheah selaku Pengurus Pasukan, Holloway Cheah Jurulatih Pasukan serta Aiman, Shafiq, Jane dan Syakirah. Pasukan Malayia telah melakukan yang terbaik untuk sukan tersebut setakat ini dengan mengutip 4 emas 3 perak dan 3 gangsa seterusnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Aiman dan Sin Li Jane masing-masing mengutip 2 emas buat negara. Aiman melalui acara perseorangan dan all-event manakala Li Jane menerusi perseorangan dan Stepladder akhir.

Tempat kedua keseluruhan dimenangi pasukan dari England dengan 4 emas, 2 perak dan 1 gangsa diikuti Singapura 2 emas 4 perak dan 1 gangsa. Gandingan 2 pemain elit dan 2 pemain back-up telah membuahkan hasil yang memberangsangkan buat negara. Ini merupakan kejayaan yang terbaik. Seperti yang saya katakan lalu, Pasukan Bowling Malaysia tidak lekang dari memenangi kejuaraan yang disertainya. Penutup tirai 2008 yang sungguh membanggakan buat negara dan harapan agar tahun 2009 akan lebih menyerlah buat Bowling negara.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Thursday, 27 November 2008

Emas berganda

Tahniah kepada Aiman dan Li Jane kerana memenangi pingat emas perseorangan di Kejohanan Tenpin Bowling Komanwel di Belfast, Ireland pada hari Isnin yang lalu. Semoga ianya menjadi pendorong kepada 2 pemain muda ini untuk terus berusaha ke tahap yang lebih tinggi. Malaysia setakat ini mendahului senarai pingat dengan 2 emas, 1 Perak 2 gangsa manakala tempat kedua diikuti rapat oleh pasukan dari Singapura dengan 2 emas dan 1 perak.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Saturday, 22 November 2008

IV Commonwealth Tenpin Bowling Championship 2008

4 orang pemain dari skuad Elite dan Back-up kini berada di Belfast, Ireland untuk merentasi cabaran IV Commonwealth Tenpin Bowling Championship 2008. Mereka terdiri dari Aiman, Shafiq, Shakira dan Li Jane. Masing-masing telah bersedia untuk secara fizikal mahu pun mental untuk menghadapi kejohanan yang di adakan di arena Dundonald International Ice Bowl. Kejohanan ini diadakan pada setiap 2 tahun sejak tahun 2002 apabila ia diadakan di Scotland, 2004 diCyprus dan 2006 di Melbourne, Australia. Pencapaian terbaik negara adalah sewaktu di Cyprus pada tahun 2004 apabila pasukan negara membawa pulang 5 pingat emas iaitu Alex Liew (1 single), Shalin (1 single. 1 all-event), Zulmazran+Shalin(1 mix doubles) dan Zulmazran+Alex (1 Mens doubles). Pada tahun 2006 di Melbourne, pasukan negara hanya mampu mendapat 1 pingat emas melalui gandingan Mohd Noer Said dan Issac Russel.

Sesungguhnya harapan yang tinggi di letakkan bagi pasukan negara untuk mengulanggi kejayaan seperti di Cyprus pada tahun 2004. Walaupun acara tenpin bowling tidak di pertandingkan pada Sukan Komanwel (Kecuali di Kuala Lumpur 1998), namun pemain-pemain dari komanwel tetap berpeluang untuk bertembung pada kejohanan yang di adakan khusus untuk tenpin bowling bagi negara Komanwel. Kejayaan ini amat penting buat negara sebagai penutup tirai tahun 2008 dan semangat pemain-pemain negara seperti Shafiq dan Aiman berada pada tahap yang tinggi. Juara 2 kali Euro-Med-Storm International Master Challenge di Manila, Shafiq sudah pasti berazam untuk memburu gelaran pemain terbaik di Komanwel.

Perlawanan pertama (Single) untuk Lelaki dan Wanita akan bermula pada 24 November dan diikuti dengan acara Beregu pada 25 November 2008. Acara-acara lain yang dipertandingkan adalah Mixed Team, Mixed Doubles dan Masters. Sahabat karib Saudara BC Cheah kini berada di sana bertindak sebagai Pengurus Pasukan.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Thursday, 20 November 2008

Tahniah Adrian

Kesibukan sejak kebelakangan ini menghadkan waktu saya untuk menulis sehingga banyak berita-berita yang lewat diketahui. Ini termasuklah kejayaan Adrian Ang yang dinobatkan sebagai juara Kejohanan yang pertama Ancol Open Bowling Championship di Jakarta pada hari Ahad yang lalu. Sememangnya pasukan Malaysia tidak pernah sepi dari kejayaan pada setiap kejohanan antarabangsa yang disertai. Tahniah kepada Adrian Ang, pemain muda kelahiran Pulau Pinang. Juara Wanita pula dimenangi oleh Joung Myo-Boub dari Korea.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Saturday, 15 November 2008

Zul tempat ketiga

Pejuangan Zulmazran Zulkifli berakhir apabila beliau tumpas ditangan Martin Larsen dari Sweden di peringkat separuh akhir. Beliau gagal melakukan catan yang baik apabila membuat catatan dibawah 200 jatuhan pin pada game yang pertama dan ketiga. Juara lelaki 44th AMF World Cup dimenangi oleh Derek Eoff dari Amerika Syarikat yang telah menewaskan Martin Larsen. Beliau telah menguasai permainan sejak dari awal lagi dan permainan beliau begitu konsisten dan sewajarnya kemenangan berpihak kepada beliau.

Jasmine Yeong-Nathan pula melakarkan sejarah untuk Singapura apabila menjuarai kategori wanita 44th AMF World Cup dengan menewaskan Ann-Maree Putney dari Australia. Beliau juga bermain dengan begitu konsisten sejak dari awal dan terus mengekalkan rentak permainan hingga ke peringkat akhir. Pada peringkat akhir beliau hampir untuk melakukan catatan sempurna apabiala membuat catata 298 jatuhan pin. TAHNIAH kepada Derek dan Jasmine Yeong-Nathan diatas kejayaan tersebut.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Friday, 14 November 2008

Zulmazran layak ke Separuh Akhir

Syabas kepada Zulmazran apabila beliau layak ke separuh akhir. Beliau memulakan permainan agak perlahan pada game pertama dengan catatan 185 jatuhan pin. Pada akhir perlawanan, kedudukan beliau jatuh ditempat ketiga dan tempat beliau diambil alih oleh Martin Larsen dari Sweden di tempat kedua (2). Pada perlawanan separuh akhir nanti beliau akan menentang Martin Larsen pada acara stepladder 3 game. Sekiranya beliau menang, Derek Eoff dari Amerika Syarikat menanti beliau di perlawanan akhir dan mereka akan bermain sebanyak 3 game lagi bagi menentukan juara AMF Piala Dunia Kejohanan Bowling. Saya yakin beliau mampu melakukan yang terbaik dan mencatatkan sejarah buat bowling negara untuk membawa pulang Piala Dunia. Kita perlu menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia merupakan jaguh bowling di pentas dunia. Ramai rakan-rakan bowling di negara yang ternanti-nantikan dengan keputusan akhir nanti.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Perfect Game

Zulmazran Zulkifli melakukan perfect game pada game ke-2 pada hari ini dan seterusnya mengekalkan kedudukan beliau ditempat kedua. Pemain Amerika Syarikat, Derek Eoff mengekalkan takhta beliau di tempat pertama jumlah keseluruhan jatuhan pin 7403. Pada blok ini 24 pemain beraksi untuk menempat diri pada 8 yang terbaik untuk ke pusingan yang seterusnya. Zulmazran mencatatkan jumlah keseluruhan jatuhan pin 7230 dan seterusnya merapatkan jurang perbezaan dengan Derek Eoff. Esok pusingan suku akhir akan berlangsung dan sama-sama kita mendoakan agar Zulmazran dapat mempamerkan permainan yang cemerlang dan seterusnya mencatatkan sejarah buat Malaysia.

Kategori wanita menyaksikan kehampaan Esther Cheah yang gagal untuk menempatkan diri pada kelompok lapan (8) pemain terbaik ke pusingan akhir apabila beliau hanya mampu berada di tempat ke empat belas sahaja (14). Jasmine Yeong-Nathan dari Singapura mengekalkan kedudukan ditempat yang pertama, manakala Ann-Maree Putney dari Australia ditempat kedua (2). Esther perlu memperbaiki permainan beliau untuk beraksi pada kejohanan yang seterusnya. Harapan negara kini di bahu Zulmazran untuk melakar kejayaan.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Thursday, 13 November 2008

AMF World Cup - Blok Ketiga & Keempat

Kelmarin menyaksikan Zulmazran mempertahankan kedudukan beliau di tangga yang kelima sejak dari blok pertama lagi. Perkhabaran yang mengembirakan apabila pemain dari skuad elit ini mempamirkan persembahan yang menarik dan sekaligus melonjak ke tangga kedua pada blok yang keempat dengan 5402 jumlah keseluruhan jatuhan pin. Tempat pertama disandang oleh Derek Eoff dari Amerika Syarikat dengan 5500 jumlah keseluruhan jatuhan pin. Tempat ketiga pula adalah pemain dari Sweden, Martin Larsen dengan jumlah keseluruhan jatuhan pin sebanyak 5326. Saya sangat berharap agar beliau berjaya keperingkat yang seterusnya selepas ini kerana cabaran sengit pasti menanti dengan kehadiran pemain-pemain handalan dunia. Hanya 24 pemain yang teratas layak untuk keperingkat yang seterusnya dan saya yakin dengan penampilan pada kali ini beliau mampu untuk membawa kejayaan yang terbaik. Seperti yang saya katakan dahulu, kedudukan yang terbaik adalah di tempat ketiga yang di menangi oleh mendiang Micheal Chuah sewaktu di Mexico. Harap tuah di Mexico 22 tahun yang lalu dapat dikembalikan dan jalur gemilang berkibar megah di Mexico.

Esther Cheah turut melayakkan diri pada kelompok 24 pemain teratas apabila beliau menduduki tempat ke-15. Tempat pertama di kuasai oleh Jasmine Yeong-Nathan dari Singapura dengan mata 5477 jumlah keseluruhan jatuhan pin.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Tuesday, 11 November 2008

44th AMF World Cup - Blok Kedua

Kedua-dua pemain Malaysia mempamerkan kehebatan masing-masing apabila mengekalkan rentak permainan pada blok kedua kelmarin. Zulmazran berada di tempat kelima dengan 2653 jatuhan pin keseluruhan. Derek Eoff dari Amerika Syarikat merampas kedudukan tempat pertama dari Martin Larsen dengan jumlah jatuhan pin 2790. Martin Larsen dari Sweden jatuh ke tangga ke-enam dibelakan Zulmazran dengan jumlah jatuhan pin 2631. Hussain Al-Suwaidi dari UAE pula mencatatkan permainan terbaik dengan jumlah jatuhan pin 2659 dan melonjak ke tangga kedua. Jack Grey dari Kanada dan Luis Rodrigue dari Puerto Rico masing-masing berkongsi kedudukan di tempat ketiga dengan jumlah jatuhan pin 2656.

Pemain Wanita negara, Esther Cheah yang berada di tempat kesembilan pada blok pertama memperbaiki kedudukan apabila beliau mencatatkan jumlah jatuhan pin 2604 dan seterusnya berdiri di tangga keenam. Jasmine Yeong-Nathan dari Singapura pula merampas kedudukan ditempat pertama dengan jumlah jatuhan pin 2816. Hari ini pemain meneruskan perjuangan di blok ketiga untuk menempatkan diri di kelompok 24 pemain terbaik dunia.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Monday, 10 November 2008

44th AMF World Cup - Blok Pertama


Dua orang pemain Malaysia yang menyertai AMF World Cup berada pada kedudukan 10 tempat teratas pada blok pertama 6 game semalam. Zulmazran Zulkifli berada di tempat kelima dengan 1323 jatuhan pin (220 purata) manakala tempat pertama diungguli oleh Martin Larson, pemain dari Sweden dengan 1372 jatuhan pin (228 purata). Seramai 82 orang pemain berentap pada kategori lelaki untuk menempatkan diri di kelompok 24 pemain teratas. Bagi Kategori Wanita pula, seramai 63 orang pemain beraksi dan puteri bowling negara Esther Cheah berada di tempat ke sembilan dengan 1296 jatuhan pin (215 purata). Tempat pertama dikuasai oleh Zara Glover dari England dengan 1424 jatuhan pin (237 purata).

Pada hari ini pemain lelaki dan wanita akan mengharungi cabaran seterusnya di blok kedua (6 game). Setiap pemain akan bermain 4 blok dengan keseluruhan 24 game sebelum terpilih dalam kelompok 24 pemain ke peringkat yang seterusnya pada hari khamis ini. Semoga Zulmazran dan Esther dapat mengekalkan rentak yang mantap sehingga ke blok terakhir.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Wednesday, 5 November 2008

Aktiviti KBKPj

Suka saya untuk menerangkan serba sedikit tentang perjalanan Kelab yang mana ianya agak menyepi sejak beberapa minggu ini. Pada bulan ramadhan dan syawal menyaksikan ramai dikalangan ahli jawatankuasa sibuk menguruskan tugasan di pejabat hingga memaksa beberapa aktiviti di tangguhkan. Sekembalinya saya dari Kejohanan Terbuka Antarabangsa Indonesia minggu yang lalu telah memaksa saya untuk meneruskan tugasan hakiki yang mana ianya perlu di laksanakan dengan segera. Walaubagaimanapun jawatankuasa akan berusaha menjayakan beberapa aktiviti yang telah di rangka pada mesyuarat jawatankuasa yang telah diadakan pada 9 Oktober 2008 yang lalu. Jawatankuasa akan mula menggerakkan semula aktiviti pada pertengahan bulan ini.

Untuk makluman ahli-ahli sekelian, saya telah dilantik untuk menjadi Pengurus Pasukan Kastam untuk ke Pesta Sukan Kewangan pada mesyuarat induk yang di pengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Mardina Hj. Alwi pada bulan awal bulan Oktober yang lalu. Namun atas sebab-sebab kesibukan tugas pada bulan November ini, saya telah mengambil keputusan untuk menarik diri serta meletakkan jawatan. Saya telah mencadangkan supaya jawatan Pengurus Pasukan Bowling Kastam Malaysia di berikan kepada Tuan Nadzri Che Ani, yang juga merupakan Timbalan Presiden Kelab Bowling Kastam Putrajaya. Saya akan terus memberi sokongan dan apa jua bantuan kepada kepada beliau bagi memastikan kejayaan pasukan Kastam di Pesta Sukan Kewangan yang akan berlangsung pada akhir bulan November ini.

Saya telah di beri kepercayaan untuk memimpin pasukan Bowling Kastam ke Sukan Kewangan selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada pada tahun 2002, 2003 dan 2004. manakala Tuan Haji Khir Jaafar telah memimpin pasukan pada tahun 2005, 2006 dan 2007. Pada tahun 2002 merupakan kali pertama Bowling di pertandingkan di Pesta Sukan Kewangan ketika Bank Negara menjadi tuan rumah dan pada tahun itu juga pasukan Kastam berjaya mendapat tempat kedua secara keseluruhan ketinggalan 50 pin dibelakang pasukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF). Kejayaan tersebut merupakan pencapaian yang terbaik setakat ini dan selepas itu pasukan Kastam hanya menduduki tempat ketiga. Adalah diharap dengan kehadiran muka baru, semangat baru serta suntikan baru, Tuan Nadzri akan dapat membawa kejayaan yang lebih membanggakan kepada pasukan Kastam. Isnyaallah.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Tuesday, 4 November 2008

44th Bowling World Cup

Bandar Hermosillo, Mexico akan menjadi medan pertarungan jaguh-jaguh bowling dunia apabila bandaraya tersebut dipilih menjadi tuan rumah bagi kejohanan bowling Piala Dunia yang akan berlangsung pada 7 – 15 November 2008. Pemain Malaysia yang akan menyahut cabaran Piala Dunia tersebut adalah Zulmazran Zulkifli dan Esther Cheah. Zulmazran bersama jurulatih Holloway Cheah telah pun berlepas ke Mexico pada sabtu yang lalu dan Esther Cheah akan menyusul kemudian dari Amerika Syarikat.

Bandar Hermosillo yang dulunya dikenali sebagai Santisima Trinidad del Pitic (Holy Trinity of Pitic) adalah merupakan bandaraya terbesar di State of Sonora, Mexico dan ianya terletak kira-kira 250km dari sempadan Amerika Syarikat. Venue kejohanan akan diadakan di arena bowling serba baru yang mempunyai 32 lorong. QubicaAMF adalah merupakan pengasas dan penaja untuk Piala Dunia ini.

Malaysia pernah menganjurkan Piala Dunia ini pada tahun 1987 dan pencapaian terbaik Malaysia ialah pada tahun 1983 apabila Micheal Chuah menduduki tempat kedua bagi kategori lelaki yang di adakan di Mexico City. Pada tahun 1996, Shalin Zulkifli menempa sejarah sebagai wanita Malaysia pertama menempatkan diri di tempat kedua bagi kategori wanita yang diadakan di Belfast, Northern Ireland. Kejayaan terus dicipta oleh Shalin pada tahun 1997 dan 1998 apabila beliau menduduki tempat ketiga. Pada tahun 2005 di Ljubljana, Slovenia pula menyaksikan Wendy Chai Berjaya menempatkan diri di tempat ketiga. Sandaran diberikan kepada Zulmazran dan Esther Cheah untuk mencipta sejarah buat Malaysia pada Kejohanan Piala Dunia pada tahun ini. Semoga Zulmazran dapat membuat catatan yang lebih baik dari apa yang dilakukan oleh Micheal Chuah 25 tahun yang lalu. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan buat Malaysia.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Monday, 3 November 2008

Tahniah Sharon

Tahniah buat Sharon diatas kejayaan beliau mempertahankan kejuaraan Terbuka Chinese Taipei buat kali kedua berturut-turut kelmarin. Beliau berjaya menebus kehampaan pada Kejohanan Terbuka Indonesia minggu lepas dengan hanya menduduki tempat ke-10. Dengan keazaman yang tinggi serta semangat untuk mengibarkan jalur gemilang di persada antarabangsa telah membuahkan hasil apabila beliau menewaskan Yap Seok Kim dari Singapura 201/236 vs 212/182. Kejayaan ini melengkapkan nama Malaysia sebagai jaguh Bowling antarabangsa apabila memenangi kejuaraan pada setiap Kejohanan Terbuka yang disertai.

Bagi kategori lelaki pula menyaksikan pemain dari skuad gemilang iaitu Nur Aiman menduduki tempat ke-3. Pemain-pemain elit yang lain gagal untuk melayakkan diri ke pusingan akhir stepladder (top 6).

Mohd Hisham Mohd Nor.


Thursday, 30 October 2008

http://raydublin.blogspot.com

Tahniah kepada Saudara Razif kerana menyertai rakan-rakan blogger untuk memeriahkan lagi dunia blog. Semoga banyak catatan-catatan serta pengalaman yang boleh di kongsi bersama rakan-rakan di serata dunia. Melalui blog banyak perkara yang dapat kita kongsi serta menambahkan lagi pengetahuan melalui rakan-rakan. Saudara Razif kini berada di Dublin, Ireland bersama keluarga kerana mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah (P.hd). Di harap banyak catatan yang dapat dibuat disepanjang tempoh 3 tahun yang mendatang ini.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Siti Safiyah Mendahului Senarai

Pemain Elit Wanita Negara, Siti Safiyah mendahului senarai untuk pusingan kelayakan bagi kategori Women's Open di Terbuka Antarabangsa Chinese Taipei kelmarin. Beliau berjaya mencatatkan keputusan 914 jatuhan pin dengan purata 228.5 bagi 4 game. Keputusan ini adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan catatan yang beliau lakukan di Jakarta pada minggu lepas. Zandra Aziela pula yang berjaya ke pusingan akhir di Indonesia International Open minggu lepas berada di tangga ke-2 dengan 885 jatuhan pin. Seorang lagi pemain elit, Zatil Iman pula berada di tempat ke-6 dengan 861 jatuhan pin. Sharon Koh selaku penyandang juara pula secara otomatik layak ke peringkat Women's Masters yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini. Pemain-pemain lain masih lagi mempunyai masa dan peluang sehingga hari jumaat untuk melayakkan diri ke peringkat Master's.

Kategori lelaki pula menyaksikan Pemain Skuad pelapis negara Nur Aiman mendahului senarai dengan 1014 jatuhan pin dengan purata 253.5. Beliau merupakan satu-satunya pemain yang membuat catatan melebihi paras 1000 jatuhan pin. Juara Terbuka Indonesia, Alex Liew pula berada di tangga ke-5 dengan 885 jatuhan pin manakala Daniel Lim pula berada di tangga ke-8 dengan mencatatkan 868 jatuhan pin. seorang lagi pemain elit Mohd Noer Said pula berada ditempat ke-12. Penyandang juara Zulmazran Zulkifli tidak menyertai kejohanan pada tahun ini kerana beliau akan menyertai 44th Qubica AMF Bowling World Cup yang berlangsung di Mexico pada 7 November 2008. Kedudukan mungkin akan berubah sekiranya ada pemain lain yang melakukan catatan yang terbaik. Harapan adalah untuk melihat satu lagi kejuaraan dimiliki oleh pemain negara. Semoga semangat harimau malaysia menerpa di wilayah Kaohsiung.

Mohd Hisham Mohd Nor.


Wednesday, 29 October 2008

10th Chinese Taipei International Open

Hanya sempat berada di tanahair selama 5 hari yang lalu sekembalinya dari Kejohanan Terbuka Indonesia, Pemain Elit Kebangsaan kini telah pun berada di wilayah Kaohsiung, Taipei untuk mengharungi cabaran yang seterusnya iaitu 10th Chinese Taipei International Open. Kejohanan tersebut berlangsung dari 24 Oktober 2008 hingga 2 November 2008. Saya berharap pemain negara dapat mengekalkan prestasi dan memenangi sekurang-kurangnya satu kejuaraan. Apapun kita tunggu keputusannya nanti.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Monday, 27 October 2008

Selamat Menyambut Deepavali

Kesempatan ini diambil untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada rakan-rakan yang beragama Hindu. Semoga ianya akan membawa kesejahteraan kepada semua di tahun yang mendatang. Di sambutan ini juga semoga rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat merayakan bersama di dalam sebuah negara Malaysia yang aman dan harmoni.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Wednesday, 22 October 2008

Juara buat Kali Ketiga




Alex Liew mencatatkan kemenangan kali ketiga di 6th Indonesia International Bowling Championship, Senayan, Jakarta. Beliau menewaskan Ryan Lalisang dari Indonesia. Beliau pernah menjadi juara pada tahun 2005 dan 2006. Beliau dan Adrian merupakan peserta Malaysia yang layak keperingkat suku akhir (6 pemain teratas) setelah berakhirnya acara Master's. Kejayaan di dorong oleh semangat yang tinggi serta telah menunjukkan permainan yang konsisten hingga ke akhir perlawanan. Kemenangan tersebut membolehkan beliau meraih hadiah kemenangan 100,000.00 juta rupiah (RM35,800). Acara wanita pula menyaksikan peserta tunggal Zandra Aziela kecundang seterusnya gagal untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Juara wanita dimenangi oleh Sharon Limansantoso dari Indonesia dengan mennewaskan pemain Korea Kim Eun Jung.

Acara penyampaian hadiah untuk semua kategori telah diadakan sebaik sahaja selesai perlawanan akhir. Pihak penganjur telah memberi penghormatan kepada saya untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara Mens Graded. Pada keseluruhan selaku Pengurus Pasukan, saya amat berpuashati setelah 6 hari bersama pemain dan mereka telah banyak memberi kerjasama di sepanjang tempoh berada di Jakarta. Terima kasih juga kepada jurulatih Holloway Cheah yang banyak membantu saya serta pasukan dalam menguruskan beberapa perkara seperti pengginapan dan sebagainya.

Tahniah juga kepada pihak penganjur yang telah mengurus kejohanan dengan lancar dan tepat pada waktu. Pengangkutan yang di sediakan juga bergerak lancar dan semua permintaan dari pasukan Malaysia telah dipenuhi. Kerjasama ini akan diteruskan apabila mereka datang ke Malaysia untuk menyertai Malaysia International Open pada Mac 2009 nanti. Terima kasih kepada Sheany dan David Sitorus selaku urusetia kejohanan. Terima kasih juga kepada sopir-sopir yang membawa pemain-pemain bagi memastikan mereka selamat tiba di venue.

Pasukan Malaysia selamat pulang ke tanahair malam tadi dengan menaiki pesawat MH 720.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Monday, 20 October 2008

Zandra Mara ke Stepladder

Sebentar tadi pemain wanita negara Zandra Aziela melayakkan diri ke peringkat akhir stepladder dan berada ditempat terakhir kelompok 6 pemain terbaik setelah bermain 16 games. Sharon Koh sekadar berada di tempat ke-10 manakala Siti Safiyah ditempat ke-22. Ketika ini pemain lelaki sedang bertarung untuk 6 tempat terbaik ke stepladder. Perlawanan akhir stepladder dijangka berlangsung pada jam 7.30 malam waktu tempatan.

Mohd Hisham Mohd Nor
Senayan, Jakarta.

Sunday, 19 October 2008

Masters Final


Hari ini berlangsungnya Masters Final yang mana kesemua pemain lelaki negara layak ke pusingan tersebut manakala pemain wanita pula memperlihatkan Choy Poh Lai tercicir untuk mara ke Masters Final. Pemain akan bermain sebanyak 16 game yang dibahagikan kepada 2 blok, 8 game (blok pertama) pada hari ini dan 8 game (blok kedua) esok. Wanita bermain di sebelah pagi iaitu jam 10.00 pagi (waktu tempatan) manakala pemain lelaki akan bermain di sebelah petang iaitu jam 3.30 petang.
Mohd Hisham Mohd Nor.


Friday, 17 October 2008

Perkhabaran dari Senayan, Jakarta

Petang kelmarin saya bersama pasukan Malaysia selamat sampai di Jakarta pada jam 5.25 petang waktu tempatan. Ini merupakan kali pertama saya diberi tugasan sebagai Pengurus Pasukan Skuad Elit Kebangsaan dan ianya satu tanggungjawab dan amanah yang berat untuk dipikul. Walau apapun kesemua pemain yang mengikuti kejohanan ini pernah bersama saya sewaktu menjadi Penolong Pengurus ke Sukan Asia 2006 dan Sukan Sea 2007. Proses imigresen dan bagasi berjalan lancar dan hanya mengambil masa setengah jam sahaja. Bertolak dari lapangan terbang Soekarno-hatta pada jam 6.10 petang dan tiba di hotel pengginapan pada jam 6.45 petang. Perjalanan agak lancar dan bernasib baik tiada kesesakan lalulintas seperti yang dijangka. Pemain yang mengikuti kejohanan pada kali ini adalah Alex Liew, Daniel Lim, Aaron Kong, Zulmazran, Adrian Ang, Poh Lai, Zandra Aziela, Sharon Koh dan Siti Safiyah Amirah. Pada jam 9.00 malam, pemain-pemain memulakan cabaran pertama melalui Master Qualifying dengan bermain 3 game. Venue kejohanan adah di Senayan Bowl, Plaza Senayan dan ianya mengambil masa 5 minit berjalan kaki dari Hotel Atlet Century Park.

Pada hari ini pemain bermain 3 lagi MQ untuk mendapatkan 3 percubaan yang terbaik dari 5 MQ yang diberikan kepada mereka. Esok pemain akan membuat percubaan yang terakhir dan saya berharap agar kesemua 9 orang pemain pasukan Malaysia akan layak ke peringkat yang berikutnya. Apa pun kita nantikan keputusannya esok. Perlawanan akhir akan bermula pada hari Ahad untuk blok yang pertama dan hari Isnin untuk blok kedua.

Pasukan dari Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM) juga tidak ketinggalan menyertai kejohanan ini dan mereka tiba sejak dari hari Isnin lagi. Ianya sebagai persiapan untuk menghadapi Sukan antara Universiti Asean di Kuala Lumpur.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Monday, 13 October 2008

Pesta Sukan Kewangan 2008

Pesta Sukan Kewangan merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh jabatan-jabatan serta agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Pada tahun ini merupakan giliran Bank Simpanan Nasional menjadi tuan rumah bagi acara tahunan tersebut. Sukan Kewangan ini akan diadakan pada bulan November 2008 dan Jabatan Kastam sekali lagi mempersiapkan barisan yang terkuat dalam acara yang dipertandingkan seperti Bolasepak, Tenpin Bowling, Ping Pong, Bola Jaring, Olahraga, tarik tali, badminton dan beberapa sukan lagi. Venue bagi acara-acara sukan tersebut akan diadakan di Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Manakala acara tenpin bowling pula akan diadakan di Ampang Superbowl, Kajang.

Saya sangat berharap agar pasukan bowling Kastam akan mencapai kejayaan yang lebih baik pada tahun ini. Kedudukan yang terbaik adalah pada tahun 2002 apabila pasukan Kastam menduduki tempat yang kedua di belakang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Saya telah menjadi pengurus pasukan selama 3 tahun iaitu dari 2002-2004.

Mohd Hisham Mohd Nor.


Pengarah Kejurulatihan Tenpin Bowling

Pada jumaat yang lalu, saya sempat bertemu dengan Saudara Tony Lim di pejabat Kongres Tenpin Bowling Malaysia dan mengucapkan tahniah di atas perlantikan beliau sebagai Pengarah Kejurulatihan Tenpin Bowling. Beliau kelihatan sibuk menyediakan program-program untuk sesi kejurulatihan yang bakal akan diadakan tidak lama lagi. Tugas beliau tidak banyak berbeza dengan apa yang di lakukan oleh Saudara Joe Slowinski yang telah tidak menyambung kontrak serta mendapat tawaran di Akademi Kegel Amerika Syarikat. Beliau akan mengatur segala program kejurulatihan di seluruh Malaysia bagi melahirkan ramai jurulatih yang berwibawa. Buat permualaan beliau akan mengadakan satu program pengenalan kepada jurulatih yang sedia ada.

Beliau berasal dari Singapura dan telah menetap di Malaysia selama lebih 15 tahun dan aktif dalam program pembangunan bowling terutama di Sarawak. Di sepanjang penglibatan dalam dunia bowling, beliau pernah menjadi jurulatih skuad remaja Singapura dan jurulatih remaja Sarawak. Disamping itu juga beliau bertindak sebagai Ketua Jurulatih pasukan Sarawak ke Sukma pada tahun 2006 dan 2008. Adalah menjadi harapan untuk melihat sukan bowling terus berkembang dan semoga beliau dapat menterjemahkan harapan ini.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Thursday, 9 October 2008

6th Indonesia International Open 2008

Pasukan Bowling Elit Malaysia akan berlepas ke Jakarta, Indonesia pada 16 Oktober 2008 bagi mengharungi cabaran 6th Indonesia International Open 2008 yang berlangsung pada 13-20 Oktober 2008 di Senayan Bowling, Jakarta. Saya telah di amanahkan oleh Kongres untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengurus Pasukan dan ianya agak mengejutkan kerana saya mempunyai tempoh yang singkat untuk membuat persiapan. Di sebaliknya saya juga rasa bersyukur kerana jurulatih yang turut serta adalah Saudara Holloway Cheah, seorang jurulatih yang sangat berpengalaman dan beliau bukan asing bagi saya untuk menyesuaikan diri kerana kami pernah bersama-sama sewaktu di temasya Sukan Asia di Doha 2006 dan Sukan Sea di Bangkok 2007. Harapan saya agar pemain-pemain dapat memberi persembahan yang terbaik sewaktu di sana nanti.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Hayunan Jakarta Bandung 2009

Tengahari tadi saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kelab Bowling Kastam Putrajaya. Beberapa isu telah dibincangkan bersama jawatankuasa dan antaranya adalah Projek Hayunan Jakarta Bandung 2009. Projek ini bertujuan untuk memberi pengalaman baru kepada ahli-ahli yang berminat untuk menyertai dan beberapa program akan diatur antaranya lawatan ke tempat-tempat menarik serta mengadakan perlawanan persahabatan bowling dengan Pejabat Kastam Indonesia (Kantor Pajak). Projek dijangka akan dilaksanakan pada bulan Februari 2009. Jawatankuasa juga telah bersetuju melantik Saudara Nor Amran Abdullah sebagai Pengarah Projek dan beliau bertanggungjawab memastikan segala persiapan berjalan dengan lancar.

Turut dibincangkan bersama adalah untuk mengadakan Monthly Medal Siri ke-2 sebelum tirai 2008 berlabuh. Ini sekali lagi memberi ruang kepada ahli-ahli yang begitu komited dalam sukan bowling bertanding untuk menguji kekuatan serta kemahiran dalam sukan bowling. Insyaallah dengan berkat kerjasama serta sokongan kuat ahli-ahli akan menjadi pendorong kepada jawatankuasa untuk bergerak dengan lebih aktif.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Sesi Latihan bermula

Pelatih-pelatih Sukan Teras atau kini dikenali sebagai Sukan Berprestasi Tinggi akan memulakan latihan pada petang ini setelah berehat selama 1 bulan. Sesi latihan ditutup di sepanjang bulan ramadhan bagi membolehkan pemain memberikan tumpuan sepenuh untuk berpuasa dan beribadat di bulan ramadhan. Sesi latihan ini diteruskan sehingga akhir bulan November 2008. Ada beberapa kejohanan perlu di sertai oleh pemain-pemain sebelum menutup tirai tahun 2008. Antaranya adalah Pahang International Open di Kuantan, Pahang pada bulan November dan Milo International Junior All Star pada Disember 2008 di Pyramid Megalanes, Sunway Pyramid. Pelatih-pelatih perlu mengembalikan kecergasan bagi menghadapi kedua-dua kejohanan ini.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Sunday, 28 September 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan dan keluarga. Syukur alhamdullilah kerana kita dapat bersama-sama meraikan hari kebesaran ini setelah sebulan berpuasa di bulan ramadhan. Semoga Aidil Fitri pada tahun ini disambut dengan ceria bersama sanak saudara di kampung halaman masing-masing. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan dan kesilapan diwaktu lampau.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Sunday, 31 August 2008

Selamat Berpuasa

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakan-rakan di dalam dan luar negara dan bersempena bulan yang mulia ini marilah sama-sama kita memanjat kesyukuran di atas segala kurnian Allah S.W.T dan semoga ibadah yang dilakukan mendapat berkat dari Allah S.W.T.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Girls Open milik Kuala Lumpur

Cheryl Cheong, pemenang pingat emas masters event di Sukma Terengganu telah memastikan penguasaan beliau tidak digugat untuk kategori Girls Open pada perlawanan akhir petang kelmarin. Walaupun ketinggalan pada game yang pertama, beliau telah bangkit untuk menebus dan menumbangkan lawannya Farah Izzazaya dari Pahang 332-322. Terdahulu untuk kategori Girls Graded menyaksikan Nur Shamira tewas kepada Nur Syazana Rusli dari Perak dan menduduki tempat kedua.

Secara keseluruhan, pemain telah memberi prsembahan yang baik di sepanjang kejohanan. agak mengecewakan pemain pilihan Yusof Abd Rauf, pemenang pingat emas individu di Sukma Terengganu gagal menyerlah pada GP Final ini. Pemain kategori Boy Open yang lain Amirrul Afif dan Faliq Aimran juga dianggap berkemampuan untuk menggegarkan arena Megalanes Kuantan. Malangnya serba tak menjadi dan tumbang di pusingan awal. Namum perancangan perlu dilakukan dan saya telah berbincang dengan jurulatih Dzulkarnian berhubung dengan sesi latihan. Saya mencadangkan agar memilih dan mengenalpasti pemain kategori AAA yang berprestasi tinggi dan melatih secara khusus manakala saya akan mengendalikan pemain yang lain dan tumpuan kepada prinsip asas dan pembentukan mental. Saya masih dalam peringkat untuk menyediakan modul bagi latihan mental kepada pemain-pemain dan dimulakan pada sesi yang akan datang.

Mohd Hisham Mohd Nor.