Friday, 21 March 2008

Kelab Bowling Kastam Putrajaya

Hari ini merupakan satu titik sejarah buat peminat-peminat sukan bowling khususnya warga Kastam Ibu Pejabat, Putrajaya dengan tertubuhnya secara rasmi Kelab Bowling Kastam Putrajaya. Tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk merancakkan lagi aktiviti-aktiviti bowling di Ibu Pejabat. Kejayaan menganjurkan program Jom Main Bowling pada Oktober 2007 dan program Jom Main Bowling Lagi.... pada hari Ahad lepas telah membawa kepada satu era baru bagi sukan bowling di Kastam Putrajaya. Sokongan yang diberikan oleh warga Kastam adalah sangat memberangsangkan dan melalui kelab yang ditubuhkan membolehkan program-program serta aktiviti-aktiviti dirancang mengikut jadual. Sebuah Jawatankuasa telah dibentuk bagi memantapkan pengurusan Kelab ini. Y.Bhg. Tuan Azis Yacub telah dilantik sebagai Penasihat Kelab. Satu mesyuarat peringkat jawatankuasa yang telah diberi mandat oleh ahli-ahli akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dirancang serta dilaksanakan.

No comments: