Sunday, 16 March 2008

Remaja Kuala Lumpur Juara 'Girls Open'


Tahniah buat Nur Diana Hussin kerana telah dinobatkan sebagai Johan 'Girls Open' dan Hanan Fateha Rozaimee pula Naib Johan bagi kategori 'Girls Graded' di Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan peringkat Negeri Pulau Pinang/Kedah yang berlangsung di Ampang Superbowl, Sungai Petani, Kedah petang tadi. Ini adalah merupakan kejayaan pertama Nur Diana sepanjang penyertaan beliau di Sirkit Remaja Kebangsaan. Beliau menewaskan Syaidatul Afifah dari Perak di pusingan akhir 'stepladder'. Yang pastinya kedua-keduanya telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk mengharumkan nama pasukan Kuala Lumpur. Yusof Abdul Rauf pula sekadar mendapat tempat keempat bagi kategori 'Boys Open'. Di harap kejayaan ini akan memberi semangat yang lebih tinggi pada sirkit berikutnya yang dijadualkan akan berlangsung di Ipoh, Perak pada bulan April ini.

Mohd Hisham Mohd Nor

No comments: