Saturday, 28 June 2008

Tahniah kepada Silatbond

Saya baru menyedari sahabat saya yang juga bendahari Kelab Bowling Kastam Putrajaya iaitu Saudara Nor Amran telah menjadi rakan blogger sejak april yang lalu. Syabas dan tahniah diatas usaha anda itu melalui Blog http://silatbond.blogspot.com yang membicarakan aktiviti-aktiviti seni silat yang mana keindahan dan kesenian silat itu perlu dipertahankan demi maruah serta warisan melayu. Blog beliau juga mengungkap isu-isu semasa yang boleh menjadi renungan bersama.

Saya amat menggalakkan rakan-rakan lain untuk turut serta menjadi rakan blogger bagi memeriahkan lagi dunia penulisan. Masing-masing mempunyai kemahiran yang tersendiri dan boleh kita bicarakan bersama melalui blog. Pastikan bahan-bahan yang dibicarakan itu tidak sensitif serta boleh menggangu ketenteraman orang lain. Tulislah dengan tertib mengikut adat dan kesusilaan bangsa kita.

Mohd Hisham Mohd Nor.

1 comment:

Nor Amran said...

Terima kasih atas makluman tuan, semua warga kastam akan menjadi blogger yang dapat meluahkan perasaan dan memberikan pendapat serta meyerlahkan lagi bakat dalam bidang penulisan