Thursday, 31 July 2008

Sirkit Remaja Kebangsaan Peringkat Kuala Lumpur

Minggu ini akan berlangsungnya Sirkit Remaja Kebangsaan Peringkat Kuala Lumpur yang akan diadakan di Megalanes Endah Parade. Pada petang ini, acara 'Boy and Girls Graded' akan bermula pada jam 5.00 petang. Pemain-pemain telah menampakkan kesungguhan serta semangat yang tinggi apabila bermain di gelanggang sendiri. Hanya kekuatan mental sahaja yang dapat menentukan sejauhmana seseorang pemain itu boleh melangkah jauh. Saya mengharapkan 4 pemain Kuala Lumpur akan berada di kedudukan Top 8 bagi mengutip mata. Semoga kecemerlangan pada Sirkit Johor akan dijadikan benchmark untuk terus berjaya dan pemain-pemain harus menumpukan sepenuhnya perhatian bagi memastikan kejayaan Kuala Lumpur.

Pada Ahad lalu sewaktu sesi latihan, pemain telah dilatih untuk berfikir serta membuat keputusan secara pantas. Saya tidak begitu setuju jika pemain terlalu bergantung kepada jurulatih kerana mereka harus berfikir. Sebalikknya jurulatih janganlah terlalu menggangu pemain dan beri mereka sedikit ruang untuk berfikir. Janganlah jadikan mereka seperti robot dan tidak boleh berfikir sendiri. Berikan semangat kepada pemain di mana mereka di dalam keadaan tertekan dan bukannya kerana mereka tidak boleh bermain dengan baik. Bukan masanya untuk jurulatih menunjukkan skill serta teknik kerana perkara tersebut dimaklumkan sewaktu latihan.

Selamat Maju Jaya kepada pemain-pemain Kuala Lumpur dan insyaallah saya akan cuba meluangkan masa untuk bersama-sama nanti memandangkan jadual saya yang begitu ketat pada hujung minggu ini.

Mohd Hisham Mohd Nor

Saturday, 26 July 2008

Bowling di Sukan Olympic

Ramai rakan-rakan yang bertanya tentang penglibatan saya pada temasya olimpik di Beijing, China pada 8-24 Ogos 2008. Untuk makluman rakan-rakan sekelian, sukan bowling tidak dipertandingkan pada temasya olimpik. Sebanyak 28 jenis sukan di pertandingkan pada temasya olimpik pada kali ini yang melibatkan hampir 10,500 atlit. Badan Bowling dunia telah berusaha hampir dua dekad untuk melayakkan bowling ke Sukan Olimpik. Malangnya usaha-usaha tersebut telah menemui jalan buntu. Seolah-olah ada harapan bagi bowling apabila ia dipertandingkan sebagai pertunjukkan di temasya Olimpik 1988 di Seoul, Korea Selatan. Namun tiada keputusan yang positif diperolehi selepas itu. Menurut pandangan beberapa tokoh bowling di Amerika Syarikat, sukan bowling sememangnya layak untuk di pertandingkan di Olimpik kerana 100 juta orang di dunia ini bermain bowling yang melibatkan lebih 100 negara.

Mengikut syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), untuk melayakkan sesuatu sukan ke olimpik, ianya mestilah sukan yang dimainkan secara meluas oleh lelaki sekurang-kurangnya di 75 negara dan di 4 benua dan dimainkan oleh wanita sekurang-kurangnya di 40 negara dan di 3 benua. Alasan yang sering diberi oleh IOC adalah sukan yang di pertandingkan telah mencukupi dan padat. Apa yang diharapkan selepas ini ialah usaha-usaha yang lebih agresif di laksanakan bagi membolehkan sukan bowling bertanding di Olimpik. Pemain-pemain bowling negara sememangnya sudah bersedia untuk bersaing di peringkat dunia dan sangat bersedia untuk ke temasya sukan yang terbesar di dunia.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Tuah Malaysia di Negara Uncle Sam

Tahniah buat Aaron Kong kerana berjaya meraih pingat emas bagi acara Masters Final di kejohanan Bowling Remaja Dunia edisi ke-10 yang berlangsung di Orlando, Amerika Syarikat. Terdahulu Malaysia telah mengutip pingat emas yang pertama melalui acara berpasukan lelaki yang terdiri dari Nur Aiman, Shafiq Ridhwan, Aaron Kong dan Adrian Ang. Tiada apa yang dapat diluahkan oleh Aaron selain dari perasaan yang amat gembira kerana berjaya mengutip pingat emas yang kedua buat Malaysia. Pasukan negara tidak pernah sepi dari menyumbangkan pingat pada setiap kejohanan dunia yang disertainya. Kejohanan ini disertai oleh kuasa-kuasa besar dalam arena bowling dunia. Syabas sekali lagi diatas kejayaan tersebut dan ianya diharap dapat menyuntik semangat pemain-pemain remaja di peringkat akar umbi. Tumpuan berikutnya adalah Kejohanan Dunia Lelaki 2008 (World Men Championshipship) yang akan berlangsung pada 18-30 Ogos 2008 di Bangkok, Thailand.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Thursday, 24 July 2008

Mesyuarat Jawatankuasa KBKPj Bil. 4

Tengahari kelmarin telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa KBKPj bil.4/2008. Beberapa perkara penting telah dibincangkan bagi memastikan aktiviti Kelab terus bergerak. Banyak ruang-ruang bagi ahli untuk aktif di dalam kelab kerana jawatankuasa telah merangka beberapa aktiviti sebelum ketibaan Ramadhan bulan September nanti. Siri latihan akan diteruskan iaitu Siri 5 yang dijadualkan pada 30 July 2008 di ARL, Powerbowl Alamanda. Program Siri Latihan ini telah menampakkan keberkesanannya melalui peningkatan pemain melalui 'score' yang diperolehi pada pertandingan 'Monthly Medal' sabtu yang lalu. Majlis Sepetang bersama Penasihat akan diteruskan walaupun ianya tergendala seketika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada majlis itu nanti akan diadakan pelancaran buletin kelab dan penyerahan kad keahlian KBKPj. Penasihat Kehormat Kelab, Tuan Azis Yacub dalam ucapannya sewaktu pertandingan Monthly Medal telah membuat jemputan rasmi kepada ahli-ahli Kelab untuk ke Kelantan bagi mengadakan perlawanan persahabatan bersama Kelab Bowling Kastam Kelantan dan Jawatankuasa telah memutuskan ianya akan di realisasikan selepas bulan Oktober.

Saya juga menjemput ahli-ahli untuk bersama-sama aktif di dalam aktiviti-aktiviti kelab kerana masih ramai lagi ahli-ahli yang menyepikan diri. Saya juga amat mengalu-alukan cadangan dari ahli-ahli sekelian untuk memajukan kelab ini. Segala cadangan tuan/puan akan diperhalusi oleh Jawatankuasa sebelum dilaksanakan.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Sunday, 20 July 2008

Monthly Medal KBKPj

Petang kelmarin Kelab Bowling Kastam Putrajaya telah menganjurkan pertandingan Bowling bulanan di Warta Bangi. Pertandingan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Penasihat Seumur Hidup KBKPj, Tuan Azis Yacub. Di dalam ucapan ringkasnya beliau mengundang ahli-ahli kelab untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelab Bowling Kastam Kelantan di Kota Bharu. Insyaallah Jawatankuasa akan bermesyuarat bagi membincangkan perkara ini.

Sebanyak 10 pasukan telah mengambil bahagian dan ahli-ahli pasukan telah ditentukan melalui undian dan pemain-pemain regular di masukkan di dalam setiap pasukan. Penganjuran ini telah menarik seramai 40 orang ahli mengambil bahagian. Pasukan yang di ketuai oleh Tuan Azis Yacub telah muncul sebagai juara di dalam pertandingan tersebut. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Azis Yacub dan Puan Rosaini Mohamad selaku Penasihat Biro Ekonomi Kelab. Insyaallah pertandingan sebegini akan diteruskan lagi disamping sesi latihan yang berjadual bagi memberi manfaat kepada ahli-ahli.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Wednesday, 16 July 2008

Piala Tunku Imran

Kuala Lumpur merampas kedudukan pertama dari Perak bagi merebut Piala Tunku Imran yang baru diperkenalkan pada tahun ini. dengan berbaki 3 lagi pusingan termasuk GP Final, peluang Kuala Lumpur untuk menjuarai piala ini buat kali pertama adalah cerah. Sebagai persediaan saya akan memastikan pemain berada di tahap yang terbaik bagi mengharungi pusingan yang seterusnya di Kuala Lumpur pada 1-3 Ogos 2008 di Kuala Lumpur.

State
Leg 1
Leg 2
Leg 3
Leg 4Leg 5
Leg 6
Points
Kuala Lumpur935835480780840930
4800
Perak
775
1220
1070
430
590
445
4530
Selangor1175
95
495
245
170
430
2610
Kedah-
480
305
85
305
305
1480

Dengan kelebihan di gelanggang sendiri, diharap pemain-pemain Kuala Lumpur dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada pusingan ini.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Perkampungan Sukan UKM

Pagi tadi saya telah menghadiri satu mesyuarat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Jawatankuasa Induk Majlis Sukan dan Kebudayaan Kastam (MSKK) bagi membincangkan persiapan Pesta Sukan Kastam Malaysia. UKM telah dipilih sebagai venue serta perkampungan sukan bagi beberapa acara yang di pertandingankan seperti bolasepak, bola jaring, sepak takraw, dart, bola tampar, badminton, tenis dan golf. Acara bowling pula akan diadakan di Ampang superbowl, Kajang. Kejohanan di jangka berlangsung pada 23 hingga 26 Oktober 2006 yang akan melibatkan 15 negeri.

Venue ini dipilih kerana ianya juga merupakan venue bagi Sukan Kewangan yang dijadualkan berlangsung pada bulan November 2008 dan di hoskan oleh Bank Simpanan Nasional. Oleh itu ianya sebagai persediaan serta penyesuaian kepada pemain kepada venue tersebut.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Tuesday, 15 July 2008

Kejohanan Bowling Remaja Dunia 2008

Pasukan bowling negara yang terdiri dari Aaron Kong, Adrian Ang, Nur Aiman, Shafiq Ridhwan, Esther Cheah, Zandra Aziela, Sharon Koh dan Zatil Iman kini berada di Orlando, Amerika Syarikat bagi menghadapi persaingan dunia di Kejohanan Bowling Remaja Dunia 2008. Sebanyak 60 negara akan mengambil bahagian di kejohanan yang akan bermula pada jumaat ini. Shalin Zulkifli merupakan pemegang rekod kejohanan untuk siri 'Girls All-Event' dengan jatuhan pin 3,820 dalam 18 games pada tahun 1998. Rekod ini masih lagi dipegang oleh Shalin sehingga hari ini dan ianya menjadi sejarah kejohanan.

Broadwalk Entertainment Center yang mempunyai 80 lane telah dipilih sebagai gelanggang rasmi kejohanan. Ini merupakan kali pertama Amerika Syarikat menjadi tuan rumah untuk kejohanan ini dan kategori pemain adalah terdiri dari pemain negara yang berumur 23 kebawah. Orlando merupakan bandaraya yang ke-6 terbesar di Amerika Syarikat dan menjadi tarikan utama pelancong-pelancong untuk mengunjungi Walt Disney World Resort yang terletak di Lake Buena Vista, 32 km ke selatan Florida.

Di harap agar pemain-pemain negara akan membawa kejayaan yang besar kepada negara di kejohanan tersebut.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Pengiktirafan buat Nicole David

Pada minggu lepas puteri squash negara dan pemain nombor 1 dunia, Nicoll Ann David telah di anugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran "Datuk" sempena ulangtahun ke-70 yang Di Pertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas. Ini membuatkan beliau insan yang termuda di Pulau Pinang menerima anugerah tersebut.

Terdahulu pada bulan lepas beliau telah dianugerahkan Darjah Bakti (Order of Merit) oleh Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin. Beliau merupakan penerima pertama anugerah ini sejak ia di perkenalkan pada 26 Jun 1975 dan ianya dihadkan kepada 10 orang sahaja. Anugerah ini tidak membawa sebarang gelaran dan dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang mashur namanya di Malaysia dan juga dalam kalangan antarabangsa serta memberi sumbangan cemerlang dalam kemajuan seni, sains dan kemanusiaan.

Pencapaian beliau harus menjadi contoh kepada atlet yang lain kerana kesungguhannya mempertahankan gelaran pemain nombor 1 dunia. Pengiktirafan tersebut sememangnya wajar diberikan kepada Nicoll David dan ianya sebagai pendorong untuk terus berjaya dalam sukan squash. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Y.Bhg. Dato' A.Sani Karim, Presiden Squash Malaysia yang telah memimpin sukan squash hingga ke peringkat tertinggi.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Monday, 14 July 2008

Yusof dan Firdaus menguasai sirkit

Pagi semalam saya sempat menjengguk pemain-pemain remaja Kuala Lumpur beraksi di Sirkit Remaja Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan. Pasukan Kuala Lumpur pada kali ini dibimbing oleh jurulatih Ali dan Yusof pemenang pingat emas sukma telah menjuarai bagi kategori boys open dengan menewaskan Ahmad Amiruddin dari Selangor. Manakala Firdaus Idris memenangi kategori boys graded. Malang buat pemain KL dalam kategori girls open dan girl graded kerana gagal mendapat sebarang tempat pada sirkit kali ini. Nastasya Adam yang menjuarai Kategori Girls Open di kejohanan peringkat negeri Johor pula terkeluar di pusingan awal .

Dari pemerhatian saya, beberapa aspek perlu di perbaiki terutamanya 'sparing'. Ada diantara pemain masih lalai dan gagal menyempurnakan 'spare'. Latihan khusus 'sparing' akan di lakukan lebih kerap selepas ini dan data-data akan dikumpul bagi memantau peratusan sparing pemain-pemain. Hanya tinggal 2 lagi pusingan iaitu Kuala Lumpur dan Melaka sebelum ke GP Final pada 29-31 Ogos 2008 di Kuantan, Pahang.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Saturday, 12 July 2008

Warta Bangi Bowling yang Unik

Sesi latihan siri ke-5 semalam telah diadakan di Warta Bangi pada jam 6.00 petang. Venue tersebut dipilih kerana pertandingan Monthly Medal KBKPj akan diadakan di lokasi yang sama pada minggu hadapan. Oleh yang demikian ia memberi ruang kepada ahli untuk mencuba lane di venue tersebut.

Ini merupakan kali pertama buat diri saya bermain di venue tersebut dan apa yang menarik adalah ianya merupakan satu-satunya lane yang menyediakan kemudahan warong mamak di dalam bowling centre. Pemain boleh menikmati Teh Tarik sambil bermain bowling dan mee goreng mamak juga ada disediakan. Lebih unik lagi pemain boleh memilih untuk bermain pada dua keadaan lane iaitu Wood atau Sintetik. Alley ini menyediakan 12 lane sintetik dan 16 lane wood yang mana tidak ada keadaan seperti ini di Malaysia. Tetapi apa yang menyedihkan kepada pusat bowling yang terletak di Aras 4 Warta Bangi ini adalah pemain diberi kebebasan untuk merokok. Ini suatu persekitaran yang tidak sihat. Mujurlah disediakan kipas-kipas yang besar bagi membolehkan kepulan-kepulan asap hanyut di udara.

Seramai 6 pemain wanita dan 5 pemain lelaki telah turun untuk berlatih pada sesi semalam. Saya pula terpaksa pulang seawal jam 7.30pm kerana terpaksa bergegas ke Bangsar Village Shopping Centre untuk menguruskan mesyuarat Persatuan Tenpin Bowling Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijadualkan pada jam 8.30pm. Saya menyeru agar ramai ahli akan turun pada pertandingan monthly medal yang akan diadakan pada 19 Julai 2008 jam 11.00am di Pusat Bowling Warta Bangi. Banyak hadiah-hadiah yang menarik akan disediakan. Insyaallah.

Mohd Hisham Mohd Nor.

Sunday, 6 July 2008

Mini Pesta Sukan Kastam Kuala Lumpur

Acara Tenpin Bowling telah pun berakhir selepas 2 hari(4 &5 Julai) bertarung di Ampang Superbowl, IOI Mall Puchong. Seramai 33 orang peserta dari Ibu Pejabat, KLIA dan Kastam Kuala Lumpur telah mengambil bahagian. Permainan di bahagikan kepada 2 blok iaitu 5 game bagi setiap blok. Keselurahannya pemain akan bermain sebanyak 10 game untuk 2 hari pertandingan.

Hari pertama menyaksikan Eh Tet dari Narkotik, Ibu Pejabat menggunguli pertandingan dengan menduduki tempat pertama dan tempat kedua dimiliki oleh Sahiar (Wira). Pada hari kedua @ blok kedua pula menyaksikan pemain-pemain 'favourite' tumbang dan tempat pertama dirampas oleh Mohd Hisham dari Ibu Pejabat dan tempat kedua Rosli (Jet Li) dari KLIA. Kategori wanita pula, seperti dijangka Salamiah Hussin tidak menghadapi kesukaran untuk duduk ditangga pertama manakala tempat kedua oleh Normala dari KLIA.

Keputusan 6 terbaik adalah seperti berikut :

Lelaki :
  1. Mohd Hisham
  2. Rosli Hussin
  3. Haadinor Amir
  4. Mohd Sahiar
  5. Et Tet a/l Eh Tek
  6. Zainuddin Abdul Talib
Wanita :
  1. Salamiah Md Hussin
  2. Siti Normala Senaki
  3. Datin Hajah Shamsiah Abd. Hamid
  4. Hamidah ab. Latif
  5. Norsila
  6. Nur Sabrina Abd Rahman
Beberapa acara telah selesai iaitu Bola Jaring, Bola Tampar, Tenis dan Dart. Acara penyampaian Hadiah akan di langsungkan pada satu tarikh yang akan ditetap.

Mohd Hisham Mohd Nor.