Tuesday, 15 July 2008

Kejohanan Bowling Remaja Dunia 2008

Pasukan bowling negara yang terdiri dari Aaron Kong, Adrian Ang, Nur Aiman, Shafiq Ridhwan, Esther Cheah, Zandra Aziela, Sharon Koh dan Zatil Iman kini berada di Orlando, Amerika Syarikat bagi menghadapi persaingan dunia di Kejohanan Bowling Remaja Dunia 2008. Sebanyak 60 negara akan mengambil bahagian di kejohanan yang akan bermula pada jumaat ini. Shalin Zulkifli merupakan pemegang rekod kejohanan untuk siri 'Girls All-Event' dengan jatuhan pin 3,820 dalam 18 games pada tahun 1998. Rekod ini masih lagi dipegang oleh Shalin sehingga hari ini dan ianya menjadi sejarah kejohanan.

Broadwalk Entertainment Center yang mempunyai 80 lane telah dipilih sebagai gelanggang rasmi kejohanan. Ini merupakan kali pertama Amerika Syarikat menjadi tuan rumah untuk kejohanan ini dan kategori pemain adalah terdiri dari pemain negara yang berumur 23 kebawah. Orlando merupakan bandaraya yang ke-6 terbesar di Amerika Syarikat dan menjadi tarikan utama pelancong-pelancong untuk mengunjungi Walt Disney World Resort yang terletak di Lake Buena Vista, 32 km ke selatan Florida.

Di harap agar pemain-pemain negara akan membawa kejayaan yang besar kepada negara di kejohanan tersebut.

Mohd Hisham Mohd Nor.

No comments: