Thursday, 24 July 2008

Mesyuarat Jawatankuasa KBKPj Bil. 4

Tengahari kelmarin telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa KBKPj bil.4/2008. Beberapa perkara penting telah dibincangkan bagi memastikan aktiviti Kelab terus bergerak. Banyak ruang-ruang bagi ahli untuk aktif di dalam kelab kerana jawatankuasa telah merangka beberapa aktiviti sebelum ketibaan Ramadhan bulan September nanti. Siri latihan akan diteruskan iaitu Siri 5 yang dijadualkan pada 30 July 2008 di ARL, Powerbowl Alamanda. Program Siri Latihan ini telah menampakkan keberkesanannya melalui peningkatan pemain melalui 'score' yang diperolehi pada pertandingan 'Monthly Medal' sabtu yang lalu. Majlis Sepetang bersama Penasihat akan diteruskan walaupun ianya tergendala seketika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada majlis itu nanti akan diadakan pelancaran buletin kelab dan penyerahan kad keahlian KBKPj. Penasihat Kehormat Kelab, Tuan Azis Yacub dalam ucapannya sewaktu pertandingan Monthly Medal telah membuat jemputan rasmi kepada ahli-ahli Kelab untuk ke Kelantan bagi mengadakan perlawanan persahabatan bersama Kelab Bowling Kastam Kelantan dan Jawatankuasa telah memutuskan ianya akan di realisasikan selepas bulan Oktober.

Saya juga menjemput ahli-ahli untuk bersama-sama aktif di dalam aktiviti-aktiviti kelab kerana masih ramai lagi ahli-ahli yang menyepikan diri. Saya juga amat mengalu-alukan cadangan dari ahli-ahli sekelian untuk memajukan kelab ini. Segala cadangan tuan/puan akan diperhalusi oleh Jawatankuasa sebelum dilaksanakan.

Mohd Hisham Mohd Nor.

No comments: