Tuesday, 15 July 2008

Pengiktirafan buat Nicole David

Pada minggu lepas puteri squash negara dan pemain nombor 1 dunia, Nicoll Ann David telah di anugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran "Datuk" sempena ulangtahun ke-70 yang Di Pertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas. Ini membuatkan beliau insan yang termuda di Pulau Pinang menerima anugerah tersebut.

Terdahulu pada bulan lepas beliau telah dianugerahkan Darjah Bakti (Order of Merit) oleh Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin. Beliau merupakan penerima pertama anugerah ini sejak ia di perkenalkan pada 26 Jun 1975 dan ianya dihadkan kepada 10 orang sahaja. Anugerah ini tidak membawa sebarang gelaran dan dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang mashur namanya di Malaysia dan juga dalam kalangan antarabangsa serta memberi sumbangan cemerlang dalam kemajuan seni, sains dan kemanusiaan.

Pencapaian beliau harus menjadi contoh kepada atlet yang lain kerana kesungguhannya mempertahankan gelaran pemain nombor 1 dunia. Pengiktirafan tersebut sememangnya wajar diberikan kepada Nicoll David dan ianya sebagai pendorong untuk terus berjaya dalam sukan squash. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Y.Bhg. Dato' A.Sani Karim, Presiden Squash Malaysia yang telah memimpin sukan squash hingga ke peringkat tertinggi.

Mohd Hisham Mohd Nor.

No comments: