Thursday, 31 July 2008

Sirkit Remaja Kebangsaan Peringkat Kuala Lumpur

Minggu ini akan berlangsungnya Sirkit Remaja Kebangsaan Peringkat Kuala Lumpur yang akan diadakan di Megalanes Endah Parade. Pada petang ini, acara 'Boy and Girls Graded' akan bermula pada jam 5.00 petang. Pemain-pemain telah menampakkan kesungguhan serta semangat yang tinggi apabila bermain di gelanggang sendiri. Hanya kekuatan mental sahaja yang dapat menentukan sejauhmana seseorang pemain itu boleh melangkah jauh. Saya mengharapkan 4 pemain Kuala Lumpur akan berada di kedudukan Top 8 bagi mengutip mata. Semoga kecemerlangan pada Sirkit Johor akan dijadikan benchmark untuk terus berjaya dan pemain-pemain harus menumpukan sepenuhnya perhatian bagi memastikan kejayaan Kuala Lumpur.

Pada Ahad lalu sewaktu sesi latihan, pemain telah dilatih untuk berfikir serta membuat keputusan secara pantas. Saya tidak begitu setuju jika pemain terlalu bergantung kepada jurulatih kerana mereka harus berfikir. Sebalikknya jurulatih janganlah terlalu menggangu pemain dan beri mereka sedikit ruang untuk berfikir. Janganlah jadikan mereka seperti robot dan tidak boleh berfikir sendiri. Berikan semangat kepada pemain di mana mereka di dalam keadaan tertekan dan bukannya kerana mereka tidak boleh bermain dengan baik. Bukan masanya untuk jurulatih menunjukkan skill serta teknik kerana perkara tersebut dimaklumkan sewaktu latihan.

Selamat Maju Jaya kepada pemain-pemain Kuala Lumpur dan insyaallah saya akan cuba meluangkan masa untuk bersama-sama nanti memandangkan jadual saya yang begitu ketat pada hujung minggu ini.

Mohd Hisham Mohd Nor

3 comments:

Anonymous said...

Saya tidak setuju tenteng peranan jurulatih yang telah disebutkan.Jurulatih di kehendaki mendorong setiap atlit di bawah latihan mereka supaya jangan melakukan kesilapan yang sama.Semasa latihan ada atlit dapat mencuba balingan yang baik dan sempurna tetapi pada waktu pertandingan, atlit tidak dapat mengelak dari melakukan kesilapan. Salah satu faktor adalah tekanan semasa pertandingan.Peranan jurulatih untuk menolong dan mengingatkan atlit tentang teknik yang sepatutnya. Terima Kasih.

Saya tidak setuju tentang peranan jurulatih yang telah disebutkan.Seorang jurulatih di kehendaki mendorong setiap atlit di bawah latihan mereka supaya jangan melakukan kesilapan yang sama.Semasa latihan,atlit dapat membuat balingan yang baik dan sempurna tetapi masa pertandingan, atlit tidak dapat mengelak dari melakukan kesilapan. Salah satu faktor adalah tekanan semasa pertandingan.Peranan jurulatih adalah untuk menolong dan mengingatkan atlit tentang teknik yang sepatutnya. Terima Kasih.