Saturday, 26 July 2008

Tuah Malaysia di Negara Uncle Sam

Tahniah buat Aaron Kong kerana berjaya meraih pingat emas bagi acara Masters Final di kejohanan Bowling Remaja Dunia edisi ke-10 yang berlangsung di Orlando, Amerika Syarikat. Terdahulu Malaysia telah mengutip pingat emas yang pertama melalui acara berpasukan lelaki yang terdiri dari Nur Aiman, Shafiq Ridhwan, Aaron Kong dan Adrian Ang. Tiada apa yang dapat diluahkan oleh Aaron selain dari perasaan yang amat gembira kerana berjaya mengutip pingat emas yang kedua buat Malaysia. Pasukan negara tidak pernah sepi dari menyumbangkan pingat pada setiap kejohanan dunia yang disertainya. Kejohanan ini disertai oleh kuasa-kuasa besar dalam arena bowling dunia. Syabas sekali lagi diatas kejayaan tersebut dan ianya diharap dapat menyuntik semangat pemain-pemain remaja di peringkat akar umbi. Tumpuan berikutnya adalah Kejohanan Dunia Lelaki 2008 (World Men Championshipship) yang akan berlangsung pada 18-30 Ogos 2008 di Bangkok, Thailand.

Mohd Hisham Mohd Nor.

No comments: