Monday, 4 August 2008

Amirrul Afif Juara 'Boys Open'

Kategori Boys open dikuasai oleh pemain-pemain Kuala Lumpur apabila Amirrul Afif bertembung rakan sepasukan Yusof Abdul Raof di 'knock-out' perlawanan akhir. Terdahulu Amirrul Afif telah menewaskan rakan sepasukan Faliq Aimran dengan kelebihan 61 pin. Amirrul Afif telah berjaya menewaskan Yusof Abdul Raof yang juga juara pusingan Negeri Sembilan dengan kelebihan 34 pin. Kategori Girls Open pula menyaksikan Cheryl Cheong tewas kepada Syaidatul Afifah dari Perak di perlawanan akhir.

Bagi kategori Boys Graded dan Girls Graded pula, tiada seorang pun yang layak ke perlawanan akhir dan hanya Nur Shahira Abdul Manaf berjaya ke peringkat separuh akhir. 'Post-Mortem' akan dilakukan bagi mengenalpasti kelemahan terutama bagi kategori Boys Graded. Jurulatih Ali selaku tenaga pengajar yang bertanggungjawab akan cuba mengenalpasti kelemahan dan seterusnya memperbaiki mana-mana kelemahan sebelum ke pusingan yang terakhir di Melaka iaitu pada 15-17 Ogos ini.

Mohd Hisham Mohd Nor.

1 comment:

Lukman said...

Tahniah KL, masih di hadapan Piala Tunku Imran.Prestasi yg baik oleh Boys Open. Girls Open memang needs post mortem. Main di gelanggang sendiri sepatutnya satu kelebihan apalagi latihan yang complete dgn sesi latihan psisikologi dan mental.Bagi boys Graded, tak boleh banyak berharap dgn latihan 2 kali seminggu. Maximum bagi yg low budget, cuma dapat practice 4 game seminggu.Maklumlah latihan cuma 2 kali seminggu.FYI satu lane sometimes 3/4 orang. You lebih mengetahui tentang cara latihan "AA" kan. Macamana nak improve sparring practice? how about adjustment? You should do something before melaka JC. Hope we can win Tunku Imran Cup, and next year we need to plan from now.

Sincere from me.