Thursday, 20 November 2008

Tahniah Adrian

Kesibukan sejak kebelakangan ini menghadkan waktu saya untuk menulis sehingga banyak berita-berita yang lewat diketahui. Ini termasuklah kejayaan Adrian Ang yang dinobatkan sebagai juara Kejohanan yang pertama Ancol Open Bowling Championship di Jakarta pada hari Ahad yang lalu. Sememangnya pasukan Malaysia tidak pernah sepi dari kejayaan pada setiap kejohanan antarabangsa yang disertai. Tahniah kepada Adrian Ang, pemain muda kelahiran Pulau Pinang. Juara Wanita pula dimenangi oleh Joung Myo-Boub dari Korea.

Mohd Hisham Mohd Nor.

1 comment:

Anonymous said...

Amirrul Afif, Mohd Aziem dan Nor Shahirah pun ada pencapaian juga....
Hargailah mereka.....