Sunday, 11 January 2009

Golf Terbuka Malaysia Maybank 2009

Saya tertarik untuk mengikuti perkembangan Golf Terbuka Malaysia Maybank 2009 yang bakal akan di adakan di Saujana Golf and Country Club(SGCC) pada 12-15 Februari 2009. Pada minggu yang lalu, saya telah diundang oleh rakan lama untuk bermain di lapangan golf tersebut yang akan menjadi gelanggang rasmi Terbuka Malaysia. Ini merupakan kehadiran saya yang keempat di lapangan ini sejak 10 tahun yang lalu. Kali terakhir saya bermain di sini adalah pada tahun 1999 dan keadaan tidak banyak berbeza kecuali saya sudah lupa dengan kedudukan dalaman kelab tersebut.

SGCC mempunyai dua lapangan golf (18 lubang setiap satu) yang dinamakan Palm dan Bunga Raya. Palm akan menjadi lapangan rasmi untuk Terbuka Malaysia dan saya berpeluang untuk bermain di lapangan tersebut sebelum bermulanya Terbuka Malaysia. Apa yang dilihat persiapan sedang giat dilakukan oleh pihak pengurusan kelab dan hampir kesemua tee-box ditutup buat sementara waktu untuk digunakan pada Terbuka Malaysia nanti. Yang menarik perhatian saya adalah 'rough' iaitu rumput panjang di kiri dan kanan 'fairway', ianya dibiarkan panjang dan tinggi seterusnya menyukarkan pemain untuk mencari bola yang tersorok di dalam 'rough'. Bagi pemain professional, mereka tidak mempunyai banyak masalah untuk memukul bola atau mengeluarkan bola di dalam 'rough'. Pengalaman bermain di Palm adalah sangat mencabar dan sesuai menjadi gelanggang Terbuka Malaysia agar dapat menarik lebih ramai professional datang untuk menyertainya. Kerja-kerja membina 'stand' atau tempat duduk di lubang ke-18 juga giat di lakukan.

Difahamkan beberapa pemain profesional terkemuka akan menyertai kejohanan ini iaitu Anthony Kim dari Amerika Syarikat yang terkenal dengan memakai 'bukle belt' tertulis huruf AK dan Shingo Katayama pemain nombor satu dari Jepun. Kejohanan ini menawarkan hadiah berjumlah US$2 juta dan pemain-pemain yang pernah menyertai kejohanan ini adalah Vijay Singh, Lee Westwood dan Arjun Atwal. Maybank merupakan penaja utama bagi kejohanan ini dan memberi komited sejak 2006 sehingga 2010.

Adalah di harap agar, kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar terutamanya cuaca supaya hujan tidak turun disepanjang 4 hari kejohanan berlangsung.

Mohd Hisham Mohd Nor.

2 comments:

naisinG said...

ai bos..nampaknya dah aktif golf pulak.. tp bowling jangan tinggal he..

Mohd Hisham Mohd Nor, A.N.S, P.P.C said...

Golf sebagai hobi di masa lapang saja.