Monday, 5 January 2009

Meraih Pendapatan Tertinggi

Pemain golf nombor satu dunia Tiger Wood muncul sebagai pemain yang meraih pendapatan yang tertinggi di kalangan para atlet dunia pada tahun 2008 menurut laporan yang dikeluarkan oleh majalah Forbes. Jumlah yang dianggarkan adalah sebanyak US$91 juta setahun. Beliau kini dalam proses pemulihan selepas pembedahan lutut pada bulan Jun yang lalu dan di nasihatkan berehat sekurang-kurangnya 6 bulan dari tempoh pembedahan. Beliau di jangka akan beraksi pada Kejohanan US Masters pada bulan April ini yang akan diadakan di Augusta National Golf Club yang menjadi gelanggang tradisi US Masters.

Menduduki tempat kedua ialah pemain golf nombor 3 dunia iaitu Phil Mickelson dengan meraih pendapatan sebanyak $49.5 juta. Pemain Bolasepak selebriti David Beckham pula menduduki tempat ketiga dengan jumlah $47.5 juta. Berikut adalah senarai 10 pemain teratas yang meraih pendapatan tertinggi di dunia :

1. Tiger Woods (Golf) $91 juta
2. Phil Mickelson (Golf) $49.5 juta
3. David Beckham(Bolasepak) $47.5 juta
4. Oscar De La Hoya (Tinju) $43 juta
5. Kimi Raikkonen (F1) $40 juta
6. Micheal Schumacher (F1) $36 juta
7. Micheal Jordan (Basketball) $35.5 juta
8. Roger Federer (Tenis) $35 juta
9. Kobe Bryant (Basketball) $33 juta
10. Shaquille O'Neil (Basketball) $32 juta
10. Ronaldinho (Bolasepak) $32 juta

Bintang tenis dari Rusia, Maria Sharapova muncul sebagai pemain wanita yang meraih pendapatan tertinggi iaitu sebanyak $23 juta dan diikuti bintang golf yang semakin menyerlah Michelle Wee sekitar $20 juta. Berdasarkan kepada data diatas, terlintas di fikiran saya tentang sukan-sukan yang kurang di beri perhatian di peringkat dunia dari segi hadiah yang ditawarkan. Berapakah pendapatan yang diraih oleh pemain squash wanita nombor satu dunia, Nicoll David? Adakah ia menjangkau ke angka jutaan ringgit? Bagi pemain Bowling negara, scenario ini amat jauh sekali untuk dinikmati. Shalin Zulkifli berkemungkinan dapat merasai situasi ini sekiranya dapat beraksi dengan cemerlang dalam siri jelajah bowling Amerika. Secara purata hadiah kemenangan yang ditawarkan pada kejohanan terbuka di peringkat Asia sekitar RM30,000.00 ke RM40,000.00 sahaja. Di harap ada usaha-usaha pihak-pihak yang tertentu terutamanya penaja untuk menggandakan nilai hadiah yang ditawarkan agar ia dapat menjamin masa depan ahli sukan negara.

Mohd Hisham Mohd Nor.

No comments: