Sunday, 4 January 2009

Skuad Remaja Kebangsaan 2009

Tahniah dan Syabas kepada pemain-pemain Kuala Lumpur yang telah berjaya melayakkan diri mewakili Pasukan Remaja Kebangsaan pada sesi pemilihan yang telah diadakan selama 4 hari minggu lalu di dua venue iaitu Megalanes Sunway dan Megalanes Kuala Lumpue, Endah Parade. 3 pemain Lelaki dan 3 Wanita telah menyahut cabaran untuk menyarung jersi kebangsaan. Mereka ialah Syimir, Amirul, Faliq, Kar Yen, Cheryl dan Nur Diana.

Di dalam tulisan saya yang lalu, ada menyatakan beberapa insentif atau faedah yang akan dinikmati oleh pemain sekiranya terpilih untuk menyertai Skuad Remaja Kebangsaan ini. Saya amat berbangga dengan pencapaian ini kerana ia merupakan 'pool' yang terbesar pernah diserapkan ke remaja kebangsaan. Kesemua pemain yang terpilih adakah pemain Wilayah Persekutuan yang mewakili Sukma pada bulan Mei 2008.

Saya mendoakan agar mereka akan berlatih bersungguh-sungguh bersama jurulatih negara. Jangan mensia-siakan peluang yang telah dicapai dan tingkatkan lagi usaha agar di serapkan ke skuad gemilang pada satu hari nanti. Ini merupakan satu landasan yang cukup baik kepada mereka sekiranya ingin pergi lebih jauh. Pemain skuad remaja juga berpeluan untuk mendapatkan pendedahan di peringkat antarabangsa.

Namun perlu diingatkan kepada mereka supaya menunjukkan kesungguhan kerana ada juga pemain yang tersungkur di peringkat skuad remaja ini. Tunjukkan prestasi yang konsisten sekiranya hendak kekal bersama skuad.

Mohd Hisham Mohd Nor.



No comments: