Tuesday, 14 July 2009

Rangsangan Aktiviti

1. Minggu lepas saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa KBKPj. Setelah sekian lama KBKPj mendiamkan diri dan kini kembali dengan 'Pakej Rangsangan Aktiviti' yang bakal merancakkan aktiviti-aktiviti bowling.

2. Aktiviti-aktiviti KBKPj bergerak perlahan beberapa ketika kerana ahli-ahli jawatankuasa agak sibuk dengan tugasan hakiki masing-masing. Saya memohon maaf kepada ahli-ahli diatas situasi ini dan insyaallah kini segalanya telah diatur bagi memastikan ianya berada di landasan kembali.

3. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini adalah Lawatan Perlawanan Persahabatan Bersama KDRM Terengganu yang dijangka pada 1-3 Ogos ini. Lawatan ini adalah atas undangan Pengarah KDRM Terengganu, Y.Bhg. Dato Azis Yacub yang juga merupakan Penasihat KBKPj. Segala persiapan telah diatur dan insyaallah ianya dapat dilaksanakan mengikut jadual.

4. Aktiviti Fun Bowling akan diteruskan dan dijadualkan pada 24 Julai 2009. Ianya sebagai pertandingan pemanas badan sebelum beraksi di Terengganu nanti. Saya menyeru agar ahli-ahli yang berminat untuk terus aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.

Mohd Hisham Mohd Nor.

No comments: